Setelah 2 hari perjalanan menuju ke destinasi mereka, akhirnya mereka telah tiba di sana setelah mengharungi pelbagai cabaran antaranya adalah serangan raksasa sotong sehingga menyebab tangan Aryan terseliuh.
"Maaf atas apa yang jadi,"kata Aryan sambil memandang tangannya yang berbalut.
"Takpe, yang penting Aryan tak cedera teruk. Itupun abang Hadi dah bersyukur sangat-sangat tau,"kata Hadi sambil memeluk Aryan.
Aryan hanya diam lalu membalas semula pelukan Hadi. Satu-satunya benda yang boleh buat dia tenang adalah Hadi. Sejak dari dulu sehingga sekarang, Hadi lah tempat dia meluahkan masalah & melepaskan tekanannya. Perkara yang dia paling suka adalah pelukan dari Hadi. Rasanya sangat selesa & hangat sehingga dapat meredakan tekanan & amarahnya.
"Sekarang ni, abang Hadi nak Aryan jangan buat masalah lagi ya & jangan buat tindakan yang melulu lagi. Faham?"nasihat Hadi.
"Aryan faham. Insyaallah, Aryan takkan buat lagi,"kata Aryan sambil tersenyum.
Yang lain hanya memandang mereka. Suasana mulai terasa hangat & menyentuh hati itu. Tanpa sedar, linangan air mata seseorang mulai mengalir.
"Raykal, kau nangis ke?"tanya Mazrul sambil memandang Raykal.
"M..mana ada! Tadi mata aku masuk habuk lah!"kata Raykal sambil mengesat air matanya lalu memandang ke arah yang lain.
"Awww, diorang ni tak pernah tak comel kan, Nurin?"tanya Ana sambil memandang sahabatnya itu.
Pada masa yang sama, Nurin sedang sibuk menangkap gambar 2 saudara itu. Comelnya diorang bila tengah kongsi masalah ya.
Setelah itu, mereka pun turun dari feri itu setelah tiba berdekatan dengan sebuah jeti yang ada di Pulau Silent Forest's itu. Mereka hanya memandang pulau itu.
"Jadi ni lah Pulau Silent Forest's ya? Menarik juga ya!"kata Hadi yang mulai kelihatan teruja.
"Hadi, ingat sikit. Kamu tu dah lah cedera. Jadi jangan memandai lah nak buat macam kamu ni ok,"bebel Zafrel.
"Ish, abang ni. Suka sangat lah ganggu keseronokan Hadi. Bukannya Hadi terjun dalam sungai yang ada 1 ribu buaya pun,"rungut Hadi.
"Orang cakap benda lain, dia boleh pulak tukar topik jadi ekstrem sampai macam tu? Apa kejadah Hadi ni?"kata Raykal.
"Mungkin sebab kepala dia terhantuk kuat sangat kot yang mengigau benda pelik-pelik ni agaknya,"kata Encik Hazrul.
"Baiklah! Jom kita pergi cari orang yang Raja Nasmir suruh tu!"kata Hadi dengan penuh bersemangat.
"Baiklah, kita ikut peta yang Raja Nasmir bagi,"kata Nurin lalu menghulurkan peta itu kepada Zakwan.
Zakwan hanya mengangguk lalu membaca peta itu sebelum berjalan mengikut jalan yang terpapar pada peta itu. Mereka terus saja berjalan memasuki kawasan hutan yang tebal itu. Ketika Hadi berjalan memasuki hutan itu, dia dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan yang cantik & sangat memukau pandangannya itu.
YOU ARE READING
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasíaHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...