26

1.2K 216 145
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Sudah seminggu aku tinggal di rumah keluarga mertuaku dan sudah seminggu juga, aku tidak berjumpa dengan Jungkook, atas kemahuan aku sendiri.

Mujur ada omma yang sentiasa menemani aku, begitu juga Somi, tak adalah aku rasa keseorangan. Yoonji pun kerap datang melawat aku, siap tak malu tumpang tidur dekat sini, temankan aku.

Berkali-kali Yoonji memohon maaf kepadaku namun sikit pun aku tak salahkan dia sebab aku tahu, semuanya salah aku, atas kecuaian aku sendiri. Anak aku mati, sebab aku.

Hari ini Beomgyu datang melawat aku, katanya lepas habis kelas terus datang sini. Maklumlah dia tak lepas lagi graduate, tahun depan baru graduate.

Tulah, siapa suruh menggatal sampai tak study? Tengok aku, study ya, menggatal pun ya, multi-tasking.

Aku perhati je cara Si Somi ni melayan Beomgyu, ayu semacam, fake benau bagi aku yang dah selalu dengan dia ni.

Beomgyu ni pun tersengih-sengih pandang Somi, tahulah adik ipar aku ni cantik, well tengoklah abang dia, eh kakak ipar dia, tiber.

"Nah, awak." Dengan sopannya Somi bersuara seraya menghulurkan secawan hot chocolate kepada Beomgyu.

"Thank you, sayang."

What the hell? Aku salah dengar ke ni?

.
.
.

Langkah aku atur ke ruang tamu saat omma memberitahu aku ada tetamu, hendak berjumpa denganku.

Perlahan-lahan langkahku terhenti saat melihat halmeoni sedang menungguku di ruang tamu.

Tak semena-mena tubir mataku digenangi air mata saat dirinya merenungku redup, dengan mata yang berkaca, terukir senyuman di bibirnya buatkan aku turut tersenyum.

Langkah aku atur mendekatinya sebelum aku mengambil tempat duduk di sisinya dan tanpa menunggu lama, tubuhnya aku peluk erat.

Mata aku pejamkan saat terasa tubuhku turut didakap erat, terasa rambutku diusap lembut dan perlahan.

"Halmeoni datang sini dengan siapa?" Tanyaku perlahan, masih memeluknya erat.

"Jungkook.."

Mendengar nama itu saja sudah cukup buatkan hati aku terusik. Aku rindukan dia namun pada masa yang sama, aku tak mahu berjumpa dengannya.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now