.
.
.Masuk saja ke dalam rumah Jungkook, aku mengambil tempat duduk di ruang tamu.
Sebenarnya nak bagi peluang dekat Jungkook untuk bercakap dengan aku sebab sejak dalam kereta tadi, aku nampak dia teragak-agak nak bercakap dengan aku.
Aku pula lebih memilih untuk berdiam diri. Akhirnya kami langsung tak bersuara sejak tadi.
Teragak-agak dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku pula masih tidak memandangnya namun pada masa yang sama, menunggunya untuk bersuara dulu.
Halah-halah kalau macam ni bila nak habisnya? Mahu seratus bab pun tak habis cerita ni nanti. Kalah sinetron hero mati hidup balik.
Dapat aku dengar keluhannya perlahan buatkan aku rasa bersalah. Mesti otak dia dah serabut, aku pula serabutkan lagi. Sedangkan aku tahu, dia hanya mangsa keadaan sekarang ni.
"Yerim."
Akhirnya namaku diseru perlahan. Aku dengan egoku, masih tidak memandangnya. Sekali lagi dapat aku dengar keluhannya perlahan.
Sedikit tersentak saat tangannya menyentuh tanganku yang sejak tadi berada di atas ribaku sebelum tanganku digenggam lembut.
Dia ni nak berbincang ke nak menggoda aku?
"Awak masih marahkan saya?"
Sejujurnya, aku langsung tak marahkan dia. Cuma aku kecewa dengan dia tapi itu pun dah beransur-ansur hilang lepas aku tengok kesungguhan dia nak kekalkan hubungan kami tadi.
"Saya tahu tindakan saya malam tadi dah menyakitkan hati awak, saya dah buat awak menangis, saya minta maaf."
Permohonan maafnya kedengaran cukup jujur buatkan hatiku terusik.
"Pandanglah saya." Pujuknya lagi.
"Kalau awak tak pandang saya, selagi tu saya tak boleh maafkan diri saya."
Alah, dia mengugut pula.
Akhirnya aku pun toleh pandang dia, kelihatan dia tersenyum.
"Apa senyum-senyum?" Usikku buatkan dia tersengih pula.
"Sayang juga awak dekat saya eh?" Balasnya sambil tersengih.
Aku tayang muka tak reda. Mengada-ngadanya dia sekarang. Lain benar dari masa mula-mula kenal dulu.
"Tak sayang pun." Balasku sambil jeling dia namun dia masih dengan sengihannya.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fiksi Penggemar"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...