.
.
."Kau tak cakap pun kau ada scandal dengan Sir Jungkook eh?"
Lepas saja Jungkook balik, Yoonji terus soal siasat aku.
"Mana ada scandal, kitorang kawanlah." Balasku malas.
Apasal lah semua yang nampak aku berdua dengan Jungkook mesti ingat aku ni ada something dengan Jungkook? Nampak macam ada jodoh ke kitorang ni? Nak aku aminkan ke apa?
"Pffftt, Yerim, yang bodoh je rasa kau orang cuma kawan."
Habis aku ni bodoh ke?
"Ceritalah, macam mana kau orang boleh kenal? Mesti sweet en."
"Haah. Masa tu jumpa dekat taman, entah mana silapnya dia terpijak kulit pisang lepastu aku sambut dia time dia dah nak jatuh. Aku pandang dia, dia pandang aku, maka wujudlah cinta pandang pertama. Maklumlah aku ni cantik sangat, belum apa-apa dia dah cakap I love you dekat aku dia pula handsome sangat, aku terus cakap I love you too lepas tu dia cakap, jom kahwin, aku pun apa lagi uihh semangat terus aku angguk bawa dia pi cari tok kadi—"
" Goblok, stop. Kau ingat aku nak percaya ke? Bodo amat. Start dari terpijak kulit pisang tu aku dah tak percaya. Kau? Sambut dia? Mahu kau mati lemas kena hempap dengan dia. Kau tu dahlah kecik, kalau kau naik motor berdua dengan dia, belum tentu aku nampak kau dekat belakang dia. "
Sempat pula dia hina fizikal tubuh aku ni?
" Tapi serius wei, boleh nampak yang Sir tu in love dengan kau. "
Bukannya Yoonji orang pertama yang cakap benda-benda macam ni dekat aku. Somi, Jimin, semua cakap benda yang sama tapi aku tak nak mengharap, tuan punya badan pun tak cakap apa-apa.
"Kau ni hisap gam gajah sambil kunyah ketum ke dalam tandas tadi? Mengarut betul."
"Tak aku hisap tong gas,kau petau?" Balas Yoonji, turut sama memerli. Larat pula dia seret tong gas tu masuk tandas.
Dia ni bagaikan Jungkook 2.0,nak gaduh je dengan aku, eh 3.0, lupa Somi pun sama.
.
.
."Kalau kau bosan, tidurlah. Nanti dah sampai aku kejut kau."
Dia bersuara sambil mengerlingku sekilas dari seat pemandu. Sekarang kami dalam perjalanan menuju ke Busan. Awal pagi lagi kami sudah gerak.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...