.
.
.Seorang diri, aku duduk di beranda rumah halmeoni, membiarkan angin petang Busan menyapa lembut tubuhku. Terasa tenang saat melihat pemandangan pantai yang terletak tidak jauh dari rumah halmeoni.
Selepas makan tengah hari tadi, langsung aku tak nampak kelibat Jungkook. Masa makan tadi pun dia lebih banyak berdiam diri, tak seperti semalam.
Dia marahkan aku ke?
Aku mengeluh perlahan.
Aku menoleh saat halmeoni mengambil tempat duduk di sebelahku. Sempat kami berbalas senyuman.
"Fikirkan Jungkook ya?" Usik halmeoni, seolah-olah tahu yang aku memang sedang memikirkan cucunya.
Aku hanya ketawa perlahan sebelum aku hanya tersenyum hambar.
"Kamu gaduh dengan Jungkook ke?"
"Tak adalah." Balasku.
"Jungkook merajuk dengan kamu ya?"
Macam manalah halmeoni boleh tahu? Setiap tekaannya seolah-olah mengena tepat. Akhirnya aku hanya diam. Aku sendiri tak pasti sama ada Jungkook merajuk dengan aku atau marahkan aku.
"Jungkook memang macam tu, mudah terasa bila dah sayang,tapi redanya cepat, kamu jangan risaulah." Pujuk halmeoni sedikit sebanyak melegakan hati aku. Akhirnya aku hanya tersenyum dan mengangguk.
'Bila dah sayang'?
"Halmeoni tahu tak macam mana nak pujuk Jungkook?" Tanyaku lurus, mengundang tawa halmeoni.
.
.
.Macam yang halmeoni bagitahu aku, dia memang ada di situ, di tempat kegemarannya, batu besar berdekatan pantai, tempat yang sama aku berjumpa dengannya pagi tadi.
Kelihatan dia sedang termenung di situ, seolah-olah sedang melayan perasaannya sendiri. Dia ada masalah ke?
Perlahan-lahan langkah aku atur menghampirinya dan dengan senyap, aku mengambil tempat duduk tidak jauh dengannya, takut nak lebih dekat dengannya.
Mungkin sedar dengan kehadiran aku, dia menoleh sebelum laju saja dia kembali mengalihkan pandangannya.
Ish, merajuk dengan aku ke?
"Jungkook.." Namanya aku panggil tapi dia tak menyahut pun.
"Abang Jungkook." Panggilku buatkan dia terus menoleh pandang aku, muka jijik semacam tengok aku.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...