.
.
."Asal ramai gila orang hari ni?"
Komen Yoonji tak puas hati bila kafe yang selalu menjadi tempat lepak kami selepas kelas ni mula dipenuhi orang ramai.
Hari ni aku tak lepak berdua je dengan Yoonji. Hayoung dengan Jiwoo pun ada sekali.
Sebenarnya dah lama dah diorang berbaik semula dengan aku. Mujurlah diorang tak merajuk lama kalau tak jenuhlah aku nak memujuk.
Sementara menunggu pesanan sampai, masing-masing mula buka laptop dan buku masing-masing.
Jarang-jaranglah kami macam ni, maklumlah, final exam dah melambai-lambai kat kami ni. Kalau tak mana mahunya.
"Cik, ada order Ice Lemon Tea ke tadi?"
Terhenti perbualan kami saat seorang pelayan datang menegur kami, lelaki, nampak macam anak ikan—maksud aku lagi muda dari kami.
"Ya, saya punya." Balasku.
"Amboi, dik. Tak adillah, akak ni punya sorang je dah siap." Perli Yoonji bila nampak hanya pesanan aku yang dah siap.
Serba salah pelayan tu dibuatnya, terukir senyuman kekok di bibirnya. Sejak tadi dia langsung tak membuat eye contact dengan kami, malu agaknya.
Tiba-tiba datang pula budak-budak main lari-lari dekat keliling meja kami ni, habis riuh-rendah dibuatnya.
"Budak-budak ni kan kalau aku dah ikat dekat pokok." Yoonji dah mula nak mengamuk buatkan aku tergelak.
Namun tanpa diduga, pelayan tadi mula hilang keseimbangan tubuhnya di saat salah seorang daripada budak-budak tadi secara tidak sengaja melanggarnya.
Dalam sekelip mata, gelas yang tadinya berada di tangannya jatuh berderai di atas lantai. Untuk seketika suasana di dalam kafe yang tadinya riuh rendah kini menjadi hening.
Jantungku mula berdegup laju, menunduk melihat serpihan kaca di atas lantai, betul-betul di sisi kakiku.
"Maaf, anak-anak saya memang nakal." Datang pula seorang wanita menghampiri kami, memohon maaf sebelum menarik budak-budak tadi agar menjauhi kami.
"Kenapa ni?" Datang pula seorang lagi pelayan kafe ini datang menghampiri kami, perempuan.
Dan tanpa usul bicara, pelayan lelaki tadi terus mengatur langkah laju meninggalkan kami saat pelayan perempuan tadi mula menghampiri kami.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfic"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...