22

1.8K 293 39
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Dengan malas, langkah aku atur menuju ke depan dewan kuliah. Semua siswa dan siswi mula beransur-ansur meninggalkan dewan kuliah. Yoonji tak payah cakaplah, lepas cakap babai dekat aku terus dia lari pecut pergi tandas.

Sampai saja di depannya, aku hanya memerhatinya yang sibuk mengemas barangnya.

Aku pula lama berfikir. Nak panggil dia apa ni? Jungkook? Sir Jungkook? Dr. Jeon?

"Sir."

Tegurku buatkan dirinya mengangkat kepala memandangku.

"So, Choi Yerim.."

Dengan kereknya, dia sebut nama aku sambil berpeluk tubuh seraya langkahnya mula diatur perlahan menghampiriku. Kini dia berdiri tepat di hadapan aku.

"So, now you're officially representative for this class, for my subject. That's mean, awak akan kerap jumpa saya di unit and saya akan kerap contact awak. Are you okay with that?"

Mata aku kecilkan, merenungnya. Cuba nak fahamkan. Dia ni memang tengah serius atau saja nak mengusik aku?

" Okay je, Sir. "

Balasku malas.

"Good. And one more thing."

Aku hanya diam, memberi ruang untuk dia menyambung kata.

"Mungkin kita memang dah kenal tapi saya tak suka campur adukkan personal life dengan career saya, so saya harap awak faham."

.
.
.

Sementara menunggu ramen dalam mangkuk aku ni mengembang, aku gunakan saat-saat ini dengan termenung sambil garu lengan sendiri.

Dah macam radio rosak, berkali-kali ayat Jungkook tu bermain dalam fikiran aku.

Ini ke yang orang selalu kata friendzone? Sakit bangettt.

Beep. Beep. Beep.

Lamunan aku tak lama bila telefon aku berdangdut hebat di atas meja.

Siapa call aku ni? Tak tahu ke aku tengah bad mood ni?

Makin tak ada mood bila nampak perkataan 'snowball🐰' tertera elok pada skrin telefon aku yang menyala.

Tak pernah-pernah dia call aku, tiba-tiba call aku hari ni apahal? Rumah dia terbakar?

Merungut segala macam tapi aku angkat juga call dia. Menyampah tapi mahu gitu.

Sebaik saja panggilan aku jawab, sengaja aku tak cakap apa-apa, merajuklah katakan walaupun lelaki tu mana pernah pujuk aku.

"Yerim."

Aku tak tahulah kenapa tapi suara dia sumpah sweet bila dengar dekat telefon. Aih, menyempat pula aku ni!

"Hmm, nak apa?" Tanyaku nak tak nak.

"Lupa ke? Awak kan wakil kelas awak untuk subjek saya? Saya nak minta tolong awak sikit."

Tak pasal-pasal cicak yang melintas depan aku ni menjadi mangsa jelingan tajam aku.

Geram.

Tak pernah-pernah dia call aku, sekali dia call aku semata-mata untuk ini?!

" Yes, Dr. Jeon Jungkook, what can I help you? "

" Macam ni, saya lupa nak minta tolong awak buatkan WhatsApp group kelas awak untuk subjek saya, nanti add saya sekali."

Tu je? Tu je?!

"Okay, Sir." Balasku pendek.

"One more thing. Esok awak free tak?"

"Free tapi tulah adalah seorang lecturer fizik saya ni bagi kerja untuk weekend ni macamlah saya cuti setahun. Rasanya time tidur nanti tangan saya pun kena jalan sekali baru siap agaknya semua kerja dia."

"Untuk kebaikan awak juga."

Alahai, bila dia tunjuk side lecturer dia ni, terserlah dia punya soft-spoken.

"So, are you busy or not this weekend?"

"Not really. Kenapa?"

"Jom keluar dengan aku."

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now