.
.
.Dari tadi aku perasan Si Somi dengan Si Beomgyu ni dok main-main mata dekat depan aku. Janganlah Si Somi ni terpikat pula dengan Si Buaya Darat ni.
"Yerim, aku nak pergi tandas sekejap."
"Hmm, pergilah."
Tak lepas Si Beomgyu ni tengok Somi sampai Somi hilang dari pandangan mata kami pun dia masih tak lepas tengok.
"Awak jangan nak main-mainkan kawan saya ek."
Terus Beomgyu pandang aku sebelum dia tersengih.
"Cantik juga eh kawan kau. Kacukan ke?"
Nak je aku curah ice blended ni dekat muka dia.
"Awak jangan macam-macam. Saya kenal abang dia. Jangan sampai saya report dekat abang dia. Siap awak kalau awak guna-gunakan dia."
"Tak baik judge aku macam tu, mana tahu aku memang jodoh dia. Ke kau jealous sebab aku lagi suka dia daripada kau?"
What the hell? Dia ni kan kalau aku dah pukul laju-laju pakai buku bio dekat depan aku ni baru sedar diri agaknya!
Baru je aku nak buka mulut nak bagi tarbiah sentap sikit dekat dia senja-senja ni, tiba-tiba Somi dah datang balik dekat meja kitorang.
Beomgyu mulalah jadi lelaki Korea terakhir. Baru je Si Beomgyu nak mengayat, telefon dia berbunyi. Kelihatan dia tersenyum saat melihat nama si pemanggil.
"Sekejap ya, mommy saya call." Meluat aku bila dia acah bagitahu kitorang tapi macam lebih ke Somi, tak pandang aku pun. Nak cakap dia anak soleh lah tu.
Dia bangun sambil tutup skrin telefon dia sebelum langkahnya diatur laju menjauhi kami.
"Mommy lah sangat, entah-entah girlfriend dia." Balasku menyampah.
"Dia dah ada girlfriend?"
Aku toleh pandang Somi, jangan cakap dia koyak pulak.
"Dia playboy lah kau tak tahu ke? Jangan cakap kau sangkut pulak dekat dia."
"Yeke playboy, nampak elok je.."
Habislah.
Aku tepuk dahi. Bahaya ni. Menyesal ajak Somi, patut aku ajak Yoonji. Tapi kalau ajak Yoonji mahu baling-baling meja dia dengan Beomgyu nanti.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...