15

2K 287 78
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

.

.

"Terima kasih sebab bagi saya dress ni, cantik." Ucapku sambil tersenyum.

Sekali lagi aku menunduk, melihat dress putih polos yang tersarung elok di tubuhku. Ringkas dan tidak terlalu terdedah, sesuai dengan gayaku.

Jungkook pula handsome lain macam malam ni.

Dia pakai baju biasa dalam rumah pun dah cukup handsome, inikan pula dia bergaya sikit malam ni dengan rambutnya yang digayakan ringkas dan berkemeja putih dan berseluar slack hitam.

Kalau dah handsome, pakai baju kelawar pun still handsome.

"Welcome." Balasnya ringkas sambil memandangku sekilas.

"Suka?" Tanyanya buatkan aku tersenyum dan mengangguk.

"Suka sangat."

Kelihatan bibirnya tersenyum nipis. Ni yang lemah ni. Jungkook ni jarang senyum dan ketawa tapi sekali dia senyum dan gelak, akulah yang cair tengok.

"Kita nak makan dekat mana?"

"Surprise." Balasnya tanpa memandangku sambil memutar stereng kereta dengan tenang, kacak teruk.

.
.
.

Macam tahu-tahu saja aku ni minat seafood, dia bawa aku ke restoran khas untuk makanan seafood. Romantik semacam bila makan berdua dengan dia dekat tepi pantai.

Dah macam-macam aku makan, dari yang di order sampailah masak sendiri pakai steamboat.

Jungkook ni pun dah macam bapak layan anak dia makan, dari tadi dia yang sibuk masakkan untuk aku.

Aku perasan yang dari tadi dia tak makan sangat pun, cuma makan nasi dengan sayur.

Vegetarian ke dia ni? Badan macam dia ni, makan sayur je? Biar betul?

"Awak veggie ke?"

Dia yang tengah berdiri, sibuk kendalikan dapur gas mini di depan kami ni hanya menggeleng.

"Taklah."

"Habis tu, kenapa makan nasi dengan sayur je?"

"Aku allergy seafood."

Tercengang aku sekejap. Dah tahu allergy, bawa makan sini kenapa?

Dia buat tak tahu je bila aku tenung dia pelik.

"Dah tu, kenapa ajak saya makan dekat sini?" Tanyaku tak puas hati. Rasa bersalah aku dibuatnya. Aku punyalah melantak makan, dia pula makan ala kadar je.

"Aku teringat kau pernah cakap kau suka seafood."

Alahai, terharulah pula. Rupanya selama ni aku membebel, nampak macam dia buat-buat tak dengar tapi dia ingat rupanya.

"Habis tu, awak nak makan apa ni?" Tanyaku sedih.

Dia ketawa perlahan, perasan muka monyok aku ni agaknya.

"Tak apalah, aku dah makan sebelum balik kerja tadi. Kenyang lagi. Lagi pun aku tak makan malam, nanti gemuk."

Sengaja dia tekankan perkataan 'nanti gemuk' sambil pandang aku atas bawah, cehh nak menyakat akulah tu.

Aku jeling dia dan kelihatan dia tersengih.

.
.
.

Saat kereta milik Jungkook memasuki halaman rumahnya, kelihatan sebuah kereta berjenama Audi sudah terparkir elok di ruang tempat parking kereta miliknya.

"Dia ni kan aku dah cakap jangan parking kat tempat aku. Dasar nyanyuk."

Kedengaran dia merungut perlahan. Akhirnya dia parking saja di belakang kereta tersebut. Tulah, beli kereta banyak-banyak lepas tu dah tak muat nak parking.

"Turunlah." Arahnya bila enjin kereta dimatikan. Tanpa menunggu aku, dia keluar dari keretanya.

.
.
.

"Hyung! Kan aku dah cakap jangan parking dekat tempat aku! Kau bangun sekarang, alihkan kereta kau!"

Dari jauh aku nampak Jungkook tengah mengamuk sebelum mata aku tertumpu pula pada seorang lelaki yang sedang terbaring elok di atas sofa sambil makan keropok. Rileks saja, macam dah biasa buat Jungkook mengamuk.

Lelaki itu aku perhati. Badan dia jauh lebih kecil berbanding Jungkook. Abang Jungkook ke? Muka tak sama pun, iras pun tak ada.

"Hyung! Aku cakap dengan kau ni! Pergilah alihkan kereta kau! Nanti hujan macam mana?!"

Baru malam ni aku nampak side tak matangnya si Jungkook ni. Pasal kereta pun nak mengamuk. Macamlah boleh demam Mercedes-Benz dia tu kena hujan.

"Alah, nantilah, aku penat ni." Rungut lelaki itu sambil tangannya bergerak perlahan, menghalau Jungkook.

"Hyung, sebelum aku cakar kereta Audi kau, baik kau alihkan."

Terus terduduk lelaki itu, wajah Jungkook direnung geram.

Bila dia duduk barulah aku dapat tengok muka lelaki tu dengan jelas. Handsome.

"Cakarlah cakar, memang aku gigit Mercedes-Benz kau tu sampai berlubang. Dengan aku pun nak berkira!"

Sempat jelingan maut diberikan kepada Jungkook sambil tangannya mencapai kunci kereta di atas meja.

Kini langkahnya diatur menuju ke arahku memandangkan aku masih berdiri di depan pintu masuk.

Namun langkahnya perlahan-lahan terhenti bila nampak aku. Lama dia perhati aku sebelum dia toleh pandang Jungkook. Dia pandang aku balik sebelum dia tersengih, lepas tu pandang Jungkook balik.

Dah kenapa dia ni?

"Eyyy, dah ada calon adik ipar untuk aku nampak."

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now