.
.
.Perlahan-lahan matanya dicelikkan saat terdengar telefonnya berbunyi. Dengan keadaan yang masih mamai, sempat matanya mengerling ke arah isterinya yang masih nyenyak tidur di sisinya sebelum telefonnya yang terletak di atas meja bersebelahan katil dicapai.
Perlahan-lahan dirinya duduk dari terus terbaring sebelum panggilan tersebut diangkat.
"Hello?" Tanyanya perlahan, rasa mamainya masih belum hilang.
"Maaf mengganggu, Encik. Ini Encik Jeon Jungkook ke?"
"Ya saya, kenapa?"
"Kami dari pihak hospital. Encik suami kepada Kim Hana ke?"
Terus hilang rasa mengantuknya saat nama perempuan itu disebut.
"Kenapa dengan dia?"
"Saya harap Encik bersabar. Puan Hana sekarang di ruangan ICU. Kami perlukan kehadiran encik ke sini segera. Kami perlukan pengesahan dari encik untuk kami teruskan rawatan."
Jungkook mengeluh perlahan, wajahnya diraup. Jam di dinding dikerling.
Tiga pagi.
Kini matanya tertumpu pada isterinya yang masih nyenyak tidur di sisinya, buatkan hatinya terasa berat. Sekali lagi dirinya mengeluh sebelum pandangannya ditalakan ke hadapan.
" Sekejap lagi saya sampai."
.
.
."Saya minta maaf sebab minta mereka call awak. Saya dah tak ada sesiapa.."
Dengan tangisan, wanita itu memohon maaf buatkan Jungkook terdiam.
"Tak apa." Balasnya pendek. Dalam hati, dirinya turut bersimpati dengan nasib perempuan itu. Dibuang keluarga dengan dirinya masih berbadan dua.
Memang niatnya pada awalnya memberikan nombor telefon kepada perempuan itu hanya untuk memastikan perempuan itu memaklumkan kepadanya sekiranya dirinya diganggu lagi oleh Taehyung.
Hampir beberapa bulan dirinya tidak diganggu oleh perempuan itu, akhirnya malam ini dia berjumpa semula dengan perempuan itu.
"Doktor kata kau perlu dibedah pagi ni juga, heartbeat baby kau dah lemah. Aku dah tandatangan untuk kau."
Sekali lagi perempuan itu menangis. Takut dan risau.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...