.
.
."Dah ready ke nak bagitahu semua orang?" Tanya Jungkook dengan senyuman seraya mengerlingku sekilas.
Kini kami berada di dalam kereta, dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga Jungkook.
Alang-alang omma ajak kami makan malam dekat rumah malam ni, kami cadang nak beritahu mereka tentang pregnancy aku malam ni. Kebetulan Jimin dengan Yumi pun masih ada dekat sini.
"Omma mesti mengamuk nanti." Tutur Jungkook seraya tertawa perlahan. Aku hanya tersengih, tak sabar nak bagitahu omma, halmeoni. Mesti diorang terkejut teruk nanti.
Mana taknya, usia kandungan aku dah nak masuk lima bulan, kami masih tak bagitahu sesiapa, cukup aku dengan Jungkook saja yang tahu.
Walaupun ramai yang tanya sebab nampak perubahan fizikal aku, katanya aku dah nampak tembam, huaa sendu kejap.
Nak pula aku memang suka pakai baju oversize, mana nak nampak baby bump aku. Tapi bila dah masuk lima bulan ni, memang dah tak boleh cover.
Lagi pun memang aku dengan Jungkook cadang untuk share berita ni bila usia kandungan aku dah melepasi first trimester, nak pastikan baby betul-betul kuat dulu.
Nampaknya memang dah sampai masanya untuk aku share berita ni dengan semua orang.
.
.
.Sampai menangis omma dibuatnya bila Jungkook bagitahu yang aku pregnant, macam tak nak lepas dia peluk aku.
Kebetulan pula Tuan Park, bapa mertua aku tak ada dekat rumah malam ni, tak dapatlah aku tengok reaction dia macam mana.
Jimin pula awal-awal dah tersembur air time Jungkook bagitahu yang aku pregnant , reaction sebiji macam Somi. Aku tak tahulah macam mana reaction Yoonji nanti, mahu sawan.
Kak Yumi pula tumpang happy, seronok katanya ada kawan pregnant sekali.
"Maaflah aku cakap ni tapi power siot kau Jungkook. Tak nak bagi tips ke? Kesianlah dekat aku."
Aku pulak yang nak tersembur dengar komen Jimin yang tak berlapik.
Dia ni pun kata je berbisik tapi gayanya macam nak kasi satu ruang tamu ni dengar. Tergelak omma dibuatnya.
"Sampai hati tak share! Patutlah aku tengok kau makin gemuk!" Somi mula mengamuk dekat aku.
"Gemuk tu slow sikit, emosi bagi kami yang pregnant ni tahu? Kan kak Yumi?" Balasku, sempat aku minta sokongan dari Kak Yumi dekat sebelah aku.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfic"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...