6

2.2K 314 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Saya tak nak balik. Tolong saya, Jungkook. Saya takut."

Aku merayu kepadanya, teresak-esak aku menangis. Sejujurnya aku terdesak sekarang. Belum pernah aku selemah ini di hadapan orang.

Dia hanya diam merenungku namun dapat aku lihat renungannya yang risaukanku.

Melihatnya tanpa reaksi, aku menunduk, IV drip di tanganku aku rentap kasar sehingga mengalir darah dari kekura tanganku. Baru saja aku hendak menuruni katil, terasa tubuhnya menghalangku.

"Kau nak buat apa ni?"

"Saya nak lari dari sini, saya dah tak tahan Jungkook!" Balasku dengan esakan yang menyesakkan dadaku sendiri.

Kini terasa tubuhku dipeluk erat, aku cuba untuk melepaskan diriku dari pelukannya namun aku terasa begitu lemah sekarang. Teresak-esak aku menangis di dalam pelukannya.

Pertama kali, aku tidak takut dengan sentuhan lelaki.

"Saya takut, Jungkook.."

Dia hanya diam namun terasa tangannya mengusap lembut rambut dan kepalaku.

"Tak apa, aku ada dengan kau.."

.
.
.

Hari mula menjelang malam, pelawat selain ahli keluarga sudah tidak dibenarkan masuk melawat. Nak tak nak, Jungkook terpaksa meninggalkan aku.

Terharu saat dia menemani aku sepanjang hari ini walaupun ada masanya dia perlu keluar untuk menguruskan halnya sendiri.


Aku cuba untuk berpura-pura tidur saat lelaki tua itu kembali mendekati aku. Aku tahu sepanjang hari ini dia tidak menggangguku kerana adanya Jungkook.

Namun seolah-olah tahu yang aku sedang berpura-pura tidur, terasa hembusan nafasnya yang kuat pada leher dan telinga kiriku buatkan nafasku mula tidak teratur namun aku masih berpura-pura tidur.

"Pakcik rindukan Yerim."

Terasa tangannya menyentuh pinggangku buatkan badanku tersentak, air mata cuba aku tahan. Kedengaran getaran tawanya perlahan, pastinya dia sudah tahu yang aku hanya berpura-pura lena.

"Encik."

Terasa lega saat terdengar suara nurse mendekatiku.

"Maaf, encik tapi pelawat lelaki tak dibenarkan masuk ke wad perempuan selepas jam 11 malam, walaupun ahli keluarga pesakit sendiri."

Dalam diam, aku menangis. Lega namun pada masa yang sama tubuhku masih menggeletar menahan takut.

.
.
.

Saat memastikan tiada nurse berdekatanku dan pesakit yang lain sudah nyenyak tidur, aku bangun dari terus berpura-pura tidur.

Sekali lagi IV drip di tanganku aku rentap kasar. Tanpa mempedulikan darah yang mengalir, aku terus menuruni katil.

Tanpa menpedulikan sekeliling, langkah aku atur laju keluar dari wad. Mujurlah tiada kakitangan hospital yang lalu-lalang di sini.

Namun tanpa diduga, mataku bertembung dengan sepasang mata seorang lelaki yang sedang duduk di ruangan menunggu di luar wad.

Jungkook.

Pantas dia berdiri saat melihatku.

Mulalah aku rasa hendak menangis saat melihatnya.

Aku hanya menjelingnya sebelum aku kembali mengatur langkah laju. Tujuanku cuma satu, hendak lari jauh dari sini.

"Yerim!"

Kedengaran namaku diseru oleh Jungkook dan dapat aku rasakan dia turut mengatur langkah mengejarku.

Teresak-esak aku menangis sambil berlari tanpa arah namun tanpa aku sedar, aku sudah berada di atas rooftop.

Kali ini, aku betul-betul nekad.

"Choi Yerim, berhenti!"

"Pergilah, jangan ganggu saya lagi!"

Langkah aku atur laju mendekati tembok, kini sebelah kakiku sudah berada di atas tembok. Satu saja langkah yang perlu aku ambil untuk aku bebas.

Namun terasa tanganku ditarik kasar sehingga aku terdorong dan jatuh namun terasa tubuhnya menahan tubuhku dari jatuh.

Sekali lagi aku berada di dalam pelukannya.

"Lepaskan saya!"

Kali ini aku meronta-ronta di dalam pelukannya, meminta untuk dilepaskan. Semua aku lakukan, menampar dan menumbuk tubuh dan wajahnya agar dilepaskan namun dia sedikit pun tidak berganjak.

Malah pelukannya pada tubuhku dieratkan buatkan aku jadi jijik dengannya.

"Lepaskan akulah! Aku jijik!" Aku menjerit kuat, tanpa aku sedar tangisanku semakin menggila.

Semakin lama, aku semakin penat, tubuhku juga semakin terasa lemah.

"Please, don't do this again.. You deserve to live your life happily.."

Kedengaran suaranya berbisik padaku perlahan, memujukku.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now