.
.
.Cepatnya masa berlalu, sekarang dah mid semester kedua aku. Aku dengan Jungkook? Makin in love gichew. Tapi dah biasa dah kalau dia buat-buat tak kenal aku dekat kolej, aku faham.
Pasal miss Hana pula aku dah malas nak fikir, cukuplah aku percayakan Jungkook sorang.
Tentang Sir Kim pula, aku cuma kerap jumpa dia dalam kelas. Selalu jugalah dia aim aku dalam kelas.
Kadang-kadang minta tolong aku bawakan barang dia pergi unit even aku bukan lagi representative untuk kelas dia. Budak lain dah ganti tempat aku.
Aku pun jarang jumpa Jungkook. Chat pun bila ada masa. Apatah lagi on call dan video call, jangan haraplah. Dia pun sibuk.
Makin sibuk bila final exam dah nak dekat, banyak projek dan assignment, aktiviti kelab lagi.
Akhirnya waktu-waktu yang dinantikan semua student, cuti mid sem!
Dan cuti mid sem ni juga, majlis perkahwinan Jimin dan Yumi bakal berlangsung.
Jungkook yang ambil aku dan Somi pagi ni. Lepas hantar Somi dekat rumah keluarga diorang, tinggallah aku berdua dengan dia dekat dalam kereta.
"Jom makan nak?" Ajak Jungkook sambil mula memutar stereng kereta, tanpa memandang aku.
Memang aku dari tadi duduk belakang. Malas nak tukar tempat ke depan. Dah macam Datin aku kat belakang ni.
"Eleh, cakap jelah nak ajak dating." Usikku buatkan Jungkook tersengih.
"Perasan." Balasnya dengan sengihan masih terukir di bibirnya.
"Nak makan apa?" Tanyanya lagi.
"Tak kisah."
Dia hanya angguk.
"Tak sangka Jimin dengan Yumi dah nak kahwin kan. Cepatnya."
"Kejap lagi kita pula." Usiknya sambil kerling aku sekilas dari cermin depan. Kelihatan dia tersengih suka.
"Malas nak layan." Komenku buatkan dia ketawa.
"Okay apa kita kahwin awal. Saya pun dah kerja, kolej pun tak larang student kahwin, kan?"
Aku tahu dia tanya ni sekadar nak mengusik. Aku pun rasa macam tak masuk akal je nak fikir semua benda ni. Aku baru 19 tahun kut walaupun dua bulan lagi aku nak masuk 20 tahun. Sumpahlah tak masuk akal.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...