.
.
."Choi Yerim! I love you!"
Aku hanya ketawa saat dia melaungkan kata-kata itu sambil sky diving di udara dengan senyuman sebelum dirinya tertawa.
Dari bawah ni, aku hanya memerhatinya yang mula menghampiri aku, jangan jatuh dekat aku sudah. Fikir sweet?
Kelihatan dia mula berlari-lari anak saat kakinya sampai di dataran dan entah sengaja atau apa, terus dia menerpa ke arah aku dengan sengihan sebelum kami sama-sama tergolek jatuh di atas rumput.
Habis aku dengan dia sama-sama kena tutup pakai payung terjun dia. Dapat aku dengar getaran suaranya, comel je bila dia giggling macam ni. Aku syak dia minum ketum sebelum sky diving tadi, bahagia semacam dia hari ni.
Handsome pula tengok dia berpeluh macam ni, dengan rambut dia basah, serabai pun still kacak. Halah-halah.
"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanyanya dengan sengihan. Macam tak betul je kitorang ni berborak bawah payung terjun.
"Awak memang 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit handsome ek?" Tanyaku buatkan dia ketawa, tawa manly dia buatkan aku cair sendiri.
"Awak pula memang 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam, 60 saat seminit cantik macam ni?" Tanyanya dengan senyuman nakal dia tu buatkan aku hampir terkondensasi.
Kan tak pasal-pasal aku tersengih suka, seronok dia gelakkan aku.
Dengan sengihan masih terukir di bibirnya dan panahan matanya masih menikam lembut anak mataku, payung terjun dialihkan dari atas kami, membiarkan cahaya matahari yang tidak terlalu terik menyapa kami.
"Jom sky diving, turn awak pula."
Pantas aku menggeleng. Tak naklah. Tachod. Aku tahu aku ada pengalaman terjun bangunan 20 tingkat tapi kalau terjun setakat suka-suka gini—ah memang berwawasan sangat aku terjun bangunan haritu cakap cenggini.
"Takutlah, Jungkook."
"Tak apa, saya teman. Kita sky diving berdua, saya guide awak. Kalau awak nak tahu saya ni sky diver berpengalaman tau, saya ada lesen sky diving ni dari umur saya 20 tahun. Kiranya saya ni dah ada empat tahun pengalaman tau. "
"Hah? Yeke? Membongak je awak ni. Ada ke lesen sky diving?" Tanyaku dengan kerutan di dahi buatkan dia ketawa.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...