.
.
.
"Bila kau discharge?"
Lama kami melepak. Nasiblah tak ada nurse jumpa kami.
"Entah." Jawabku malas. Ikutkan hati aku tak nak discharge. Bayangkan kena balik dah cukup buat aku terseksa.
"Awak?"
"Esok."
"Oh."
Asal aku rasa sedih? Rasa macam lepas ni aku dah tak jumpa dia lagi.
"Kau tak ngantuk ke?" Tanyanya lagi.
"Tak, saya ada insomnia." Balasku jujur. Dah biasa dah tak tidur.
"Oh." Balasnya pendek.
"Samalah dengan aku." Tiba-tiba dia bersuara lagi buatkan aku menoleh pandang dia.
Senyuman aku tahan. Suka pula bila ada orang yang sama macam aku.
"Selalu tak boleh tidur awak buat apa?"
"Entah."
Aku faham apa maksud dia.
"Kau?"
"Nangis, tu pun kalau boleh." Jawabku jujur. Kali ni dia pula toleh pandang aku.
Lamalah juga dia tenung aku sampai naik segan.
"Kau tak ada kawan ke?"
"Tak. Saya kan pelik."
Dekat sekolah semua jauhkan diri dari aku semenjak berita tentang aku cuba untuk membunuh diri tersebar. Ditambah pula dengan kes aku pernah bergaduh di sekolah, bukan sekali, berkali-kali sampaikan semua takut nak berkawan dengan aku.
Dia cuma diam.
" Awak tak ada kawan?"
"Ada."
Tak kanlah tak ada. Handsome macam ni bukan setakat kawan, girlfriend pun mungkin keliling pinggang.
Sempat aku tangkap mata dia yang merenung pergelangan tangan aku yang berbalut dan terdapat kesan-kesan lain pada leher dan tanganku yang sebelah lagi.
Pantas aku menyembunyikan leherku dengan rambutku dan menarik lengan bajuku agar menutupi pergelangan tanganku.
Aku berdiri, mula rasa tak selesa dengannya, segan pun ada. Pasti dia dah nampak semuanya tadi. Aku pun, terlalu selesa dengan dia tadi.
"Saya masuk bilik dulu."
"Wait."
Baru je aku nak pergi, dia bersuara buatkan aku statik.
"Nombor wad kau berapa?"
"Kenapa nak tahu?" Tanyaku tanpa memandangnya.
"Bagitahulah aku."
"None of your business."
Balasku dingin seraya berjalan meninggalkankannya.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...