1

4.1K 410 113
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Pemandangan kota Seoul yang bercahaya diamati untuk kali terakhir. Dibiarkan saja air mata hangat mengalir perlahan membasahi pipiku, satu per satu.

Air mata aku kesat sebelum aku berdehem. Serta-merta tangisanku terhenti begitu saja.

"Bodohlah, nak mati pun nangis."

Rungutku sambil mengesat air mataku. Aku paling benci menangis.

Aku menunduk sebelum aku mendecit perlahan. Menyampah tengok 'uniform' pesakit yang tersarung elok dekat tubuh aku.

Aku terdiam sekejap tatkala melihat pergelangan tanganku yang berbalut.

Sekali lagi, tindakan aku tak berjaya.

Banyak sangat dosa kut, tu yang nak mati pun susah. Ke mak ayah aku bela saka dulu, know-know diorang dah wasiatkan saka tu ke aku, tu yang payah nau nak mati.

"Uhuk! Uhuk!"

Tersentak badan aku sampai terhinjut bahu aku bila tiba-tiba ada bergema bunyi orang batuk tidak jauh dari aku.

Bodoh, nasib baik tak terlompat aku tadi walaupun memang niat aku nak terjun dari tadi.

Lelaki tu aku renung lama. Rileks saja berdiri tak jauh dari aku. Macam dah biasa tengok perempuan berdiri atas tembok. Ke dia ni buta? Nak kata buta, elok je pandang kiri kanan.

Sekarang mata aku tertumpu pada pakaian dia. Sama dengan aku. Sah-sahlah dia pun pesakit dekat sini.

Tiba-tiba dia toleh pandang aku. Aku pandang dia, dia pandang aku.

Handsome lah pula.

Tiba-tiba malu pula nak terjun depan dia.

Kelihatan kening sebelahnya terangkat saat lirikan mata kami bertaut lama sebelum selamba dia leraikan pautan antara lirikan mata kami.

Lama lagi ke dia nak termenung kat situ? Aku nak terjun ni.

"Tumpang tanya, awak lama lagi ke dekat sini?" Tanyaku sopan. Nak mati pun aku masih menjaga budi bahasa aku.

Dia toleh pandang aku, macam biasalah muka beku macam tadi. Aku rasa dia masuk hospital sebab muka kejang kut, ke main tegang lagi muka.

"Kalau tak, awak pergi boleh? Saya ada benda nak buat ni."

Dia pandang aku atas bawah. Dahlah aku dekat atas tembok. Mesti dia ingat aku gila.

"Kau nak bunuh diri ke?"

Damn. Menusuk kalbu soalan dia. Lagi pun, memang terang lagikan bersuluh, dah tentu-tentu dia boleh teka. Apa lagi aku nak buat dengan aku dekat atas tembok rooftop hospital malam-malam buta ni? Sidai kain?

"Taklah. Saja ambil angin."

Kelihatan dia mendengus perlahan, terukir sengihan di bibirnya. Annoying pula tengok dia sengih macam tu.

"Terjun jelah, aku janji aku tak cakap apa-apa."

"Tapi nanti orang ingat awak tolak saya."

Aku tak naklah dia kena fitnah nanti. Kan. Kesian dia nanti.

Dia toleh, pandang aku nampak macam dia baru tersedar yang apa aku cakap ni ada benarnya juga tapi muka dia rileks balik.

"Haih, kau ni. Aku nak ambil angin pun susah. Nak bunuh dirilah apalah. Lemaskan kepala kau dalam mangkuk jamban sudah." Rungutnya sendiri.

Tak pernah pula aku terfikir cara tu. Tapi jijik betul. Kalau mati tak apa juga. Kalau hidup mahu bau penyesalan dah bau macam tahi.

" Jangan dekat! Kalau tak saya terjun! " Aku terus gelabah bila dia tiba-tiba gerak mendekati aku. Dia pun terus statik bila aku tiba-tiba menjerit.

Dia pandang aku.

"Terjun jelah, ingat aku kesah ke? Aku naik atas ni pun sebab nak ambil angin." Balasnya selamba, menyampah pun ada dengan aku.

Aku pula naik menyampah dengan dia. Elok-elok aku nak bunuh diri, jadi kes bunuh orang kang jap lagi aku buat.

Dia jeling aku astu blah centu je.

See? Semua orang tak peduli pasal aku. Memang layaklah aku mati.

Aku kembali pandang depan, mata aku pejamkan. Debaran di dada aku kian terasa, bukan takut namun terasa sebak. Mulalah mata aku kembali terasa pedih, nak menangis.

Baru saja aku hendak merebahkan tubuh aku ke depan, terasa ada tangan yang merangkul pinggangku kemas sebelum tubuhku ditarik ke belakang buatkan aku menjerit, serta-merta mataku terbuka luas.

Kini aku berada di dalam pelukan seseorang.

"Konon nak bunuh diri, belum apa-apa dah menjerit. Penakut."

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now