.
.
."Siap-siap, lepas tu kita pergi beli barang kau."
Aku yang tengah kemas dapur ni terus berhenti dari terus mengemas. Jungkook yang tengah teguk coke aku pandang.
"Bukan awak kata awak sibuk, tunggu awak free?"
"Sebab aku tengah free nilah aku ajak kau hari ni."
"Ke sebab awak tak nak abang awak yang bawa saya?" Tanyaku, tak ada niat syok sendiri, sekadar nak mengusik.
Aku punya mengusik sampai tersedak dia dibuatnya. Peritnya tersedak coke nak pula kalau sampai terkeluar lalu hidung. Merah padam muka dia.
"Ingat aku peduli ke?" Tanyanya tak puas hati lepas radang dia sebab tersedak coke tadi dah okay. Dah tersedak separuh mati pun berlagak lagi tu.
"Lagi satu, aku nak kau stop panggil dia abang." Dia memberi amaran sambil langkahnya diatur perlahan menghampiriku.
Kening sebelah aku terangkat, membalas renungannya berani sehinggalah dia berdiri betul-betul di hadapan aku.
"Biarlah, dia kan lagi tua dari saya, kenalah panggil dia abang."
"Habis dengan aku ni, yang lagi tua dari kau, tak ada pula kau panggil aku abang?"
Aku tayang muka jijik. Tolonglah, mati hidup balik pun aku tak nak panggil dia abang. Sanggup aku tanam diri balik.
"Nama dia Jimin, just call him Jimin. No need to call him 'oppa'. Understood?"
.
.
."Jungkook, nak tanya sikit boleh?"
"Kalau aku cakap tak boleh pun, kau nak dengar ke?" Perlinya tanpa memandang aku buatkan aku mendecit perlahan.
Memang betul pun, selalu aku main tanya je nasib baiklah setakat ni tak ada pula dia mengamuk koyak baju sendiri sebab geram dengan aku.
Sekarang aku dengan dia tengah dekat dalam kereta, on the way nak pergi mall.
"Awak kata awak dengan Jimin adik-beradik tapi muka tak sama pun, memanglah adik-beradik tak semestinya muka kena sama tapi ini macam, langsung tak sama, iras-iras pun tak ada. Macam sorang bangla, sorang korea—"
"Kau nak kata yang banglanya aku ke?"
Alamak, nampak sangat ke aku tujukan ke dia?
"Taklah, tu perumpamaan je. Apa saya nak cakap ni, korang ni tak ada rupa adik-beradik."
"Dia abang tiri aku." Tenang dia bersuara buatkan aku terdiam.
"Oh." Balas aku pendek, tiba-tiba tak ada modal nak bercakap.
"Omma, appa aku bercerai masa aku sekolah rendah, lepas tu omma aku kahwin dengan bapak dia masa aku baru masuk u, until now."
"Oh." Balasku pendek.
"Ayah kandung awak pula, dah kahwin lain ke?" Tanyaku, sibuk pula nak tahu namun dia hanya diam, dapat aku rasakan dia tak suka aku menyibuk buatkan aku kembali duduk diam di kerusi aku.
"Dah. Lepas je cerai dengan omma aku, dia terus kahwin lain."
Dapat aku rasakan dirinya kurang senang saat berbual tentang ayah kandungnya.
Aku hanya mengangguk faham. Rasanya lepas ni, aku tak kan buka mulut soal keluarganya lagi, melainkan dia yang bercerita dulu.
" Aku ada adik sorang, perempuan, sama umur dengan kau."
Tiba-tiba dia bercerita buatkan aku menoleh memandangnya, kelihatan dia mengerlingku sekilas. Aku tersenyum.
Patutlah kadang-kadang aku rasa dia layan aku macam adik dia.
"Yeke awak ni abang? Macam tak matang je." Usikku.
Kelihatan dia mencebik tanda tak suka dengan usikanku buatkan aku ketawa sendiri.
"Kalau kau nak tahu, dia dapat satu kolej dengan kau, nanti kau bolehlah kawan dengan dia, perangai pun macam kau, dua-dua kerjanya menyusahkan aku."
"Seriuslah?! Yeayyy ada kawan! Kenapa tak cakap dekat saya awal-awal?! Nak number phone dia!"
Sebab teruja sangat nak dapat kawan baru di tempat baru, terus aku buat tak endah kutukan dia tadi.
"Aku tengah bagitahu kaulah ni. Nanti aku kasi, dah duduk diam-diam. Tak fokus aku drive dengar suara kau dari tadi."
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...