.
.
."Choi Yerim, cepat sikit boleh tak? Kau buat apa dalam bilik tu?"
Jungkook dah mula membebel dari luar. Aku betulkan rambut aku untuk kali terakhir sebelum aku keluar dari bilik. Nervous sebenarnya nak tunjuk muka dekat Jungkook sekarang.
"Akhirnya keluar jugak, aku ingat kau dah masuk dalam cermin tak jumpa jalan keluar." Perlinya sebelum dia memalingkan tubuhnya menghadapku.
Perlahan-lahan aku berjalan menghampirinya dengan tanganku mengangkat sedikit kain dress yang labuh buatku.
Kelihatan Jungkook terpegun melihat aku. Entah terpegun ke terkezut tengok aku pun, aku tak tahu.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanyaku segan saat aku berdiri betul-betul di hadapannya.
"Kau siapa?" Tanyanya, aku tahu dia mengusik aku.
"Jungkook, ini sayalah Yerim." Balasku bosan buatkan dia tersengih.
"Cantik tak saya hari ni?" Tanyaku sambil posing kiri, kanan sikit.
"Tiap hari aku nampak kau buruk gila, hari ni aku kasi can lah, kau nampak buruk sikit, sikitlah sikit."
"Jungkook!" Marahku, tak pasal-pasal lengan dia aku tampar buatkan dia mengaduh sakit sebelum dia pandang aku terkejut.
"Oh, kau dah pandai pukul aku eh sekarang? Babap nanti." Ugutnya, eleh ingat aku takut ke.
"Nah." Telefon milikku aku hulurkan kepadanya.
"Buat apa kasi aku?" Tanyanya tak faham.
"Tangkapkan gambar sayalah tak kan minta awak selpie pulak?" Perliku buatkan dia mencebik.
"Setakat guna android tak payah nak riaklah, dah berdiri depan dinding sana, biar Iphone buat kerja." Halaunya sambil keluarkan telefon pintar buah epalnya. Amboi riaknya dia.
Aku jeling dia tapi aku ikutkan juga.
"Senyum elok-elok. Tu senyum ke nak nangis tu, senyum elok-elok boleh tak?"
Membebel pula orang tua ni, entah reti ke tak tangkap gambar tu. Sesekali aku nampak dia senyum-senyum sambil tangkap gambar aku. Entah-entah dia bodoh-bodohkan aku padahal dia selfie.
" Nah, tengok. "
Dia menghampiri aku sebelum gambar aku ditunjukkan kepadaku.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...