🌼3

1.5K 246 389
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

[TIGA TAHUN YANG LALU]

Sementara yang lain menunggu berita tentang Jungkook di hadapan wad yang menempatkannya, aku mengambil tempat duduk di ruangan menunggu berdekatan lobi hospital ini, memerlukan ruang buat diriku sendiri.

Perlahan-lahan aku menunduk, memandang Jungwon yang hanya diam, menemaniku di dalam dakapanku tika ini, terkebil-kebil menatapku buatkan aku tersenyum.

Hidungnya yang masih kemerah-merahan aku cuit lembut, begitu juga pipinya. Hampir sepuluh minit aku cuba memujuknya dari terus menangis tadi.

"Jungwon sedih ya lepas ni dah tak boleh jumpa appa?" Tanyaku perlahan dengan senyuman hambar terukir di bibirku. Pipinya aku elus lembut dan perlahan.

"Samalah dengan omma.." Tuturku perlahan, senyuman masih menghiasi bibirku walhal pantas saja mataku kembali terasa panas dan membahang.

"Tapi tak apa, omma masih ada kakak Naeun dengan Jungwon, kan?" Tanyaku perlahan, masih cuba untuk mengekalkan senyumanku yang mula dirasakan sukar.

"Yerim.."

Perlahan-lahan kepala aku angkatkan saat terdengar suara seseorang menegurku dengan derapan langkahnya kian menghampiriku.

Terlihat susuk tubuh Seokjin menghampiriku. Pantas aku menunduk, tahu berita apa yang bakal dirinya sampaikan kepadaku dan kerana aku tahu, aku sendiri belum cukup kuat untuk menerima berita itu.

"Dia dah tak ada..kan?"

Tanyaku perlahan dengan kepalaku masih menunduk. Tubir mataku dirasakan cukup sarat dengan air mata.

"Tak apalah, saya tak nak tengok dia.. kalau awak datang sini untuk bawa saya jumpa dia, saya tak nak.. cukuplah saya tengok dia tadi.. "

Saat kata-kata itu meniti di bibirku, air mataku mula dirasakan tak tertahan, menangis tanpa suara. Perlahan-lahan mata aku pejamkan, tak mampu untuk terus menatap Jungwon yang menatapku cukup polos.

Ternyata pertemuanku dengannya tadi, merupakan pertemuan terakhir buat kami.

"Yerim.."

"Saya datang sini untuk bagitahu awak yang Jungkook.."

"Dia dah sedar, Yerim.."

Perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan sebelum aku menoleh, menatap wajah Seokjin.

Terlihat dirinya tersenyum dengan sepasang matanya yang terlihat berkaca saat menatapku sekarang sebelum dirinya mengangguk kecil.

"Jungkook dah sedar.. Saya datang sini untuk bawa awak jumpa dia.. Dia nak jumpa awak.."

.
.
.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now