67

1.6K 223 112
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Saya balik lambat hari ni ada meeting dengan pihak atasan, awak bawa kereta elok-elok."

"Iyalah,Jungkook. Awak jangan risaulah. Saya tahu jaga diri saya."

"Siapa kata saya risaukan awak? Saya risaukan kereta saya. Baru bulan lepas habis bayar tu."

Kemurungan kejap aku dengar kata-kata dia. Sampai hati. Kang aku buat-buat langgar pokok kang kejap lagi.

"Nanti saya dah habis study, dah ada kerja sendiri, saya bayar balik." Ucapku. Aku rasa bersalah sebenarnya nak bawa kereta dia.

"Tak payah. Itu kan hadiah saya untuk awak."

"Tapi mahal lah Jungkook. Awak bukan kasi saya kereta mainan, awak kasi saya Honda Civic."

"Ikut suka awaklah, bayar sampai kita ada cucu nanti. Saya tunggu je dekat sebelah awak, lambat bayar saya pukul pakai tongkat." Balasnya selamba buatkan aku terdiam. Apakah?

"Kalau ada apa-apa, terus call saya." Pesannya lagi.

"Iyalah, Sir Jeon Jungkook." Balasku dengan malas.

"Ni siapa nak keluar dulu ni?" Tanyaku bila kami sama-sama berdiri depan kereta.

"Awak keluar dulu, saya nak tengok." Arahnya buatkan aku gelabah sendiri. Mahu aku rempuh pagar nanti nervous punya pasal sebab dia tengok.

"Cepatlah, dah lambat ni." Gesanya.

"Jap, jap."

"Apa lagi?"

Tanpa segan silu, aku menghampirinya sebelum tubuhnya aku peluk erat,rasa tak nak lepas.

Lepas kejadian aku kiss dia hari tu, aku terus rasa selesa dengannya. Bukannya selama ni aku tak selesa dengan dia tapi sekarang aku lebih selesa untuk dekat dan bersentuhan dengan dia.

"Kenapa ni?" Tanyanya dengan deruan nafasnya perlahan, tersenyum.

"Saya sayang awak tau." Tuturku perlahan. Entah kenapa aku rasa clingy semacam dengan dia, macam tak nak bagi lepas.

"Tahu. Saya pun sayangkan awak."

.
.
.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now