59

1K 240 308
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

[3 BULAN KEMUDIAN]

Sudah tiga bulan berlalu, aku cuba untuk terlihat biasa di hadapan semua orang, terutamanya saat aku bersama Naeun kerana aku tahu, yang dia ada cuma aku..

Cepat saja masa berlalu, usia kandungku sudah mencecah enam bulan. Setiap hari semakin terasa pergerakannya menyapaku.

Setiap malam aku menangis sendiri, tiada siapa yang tahu. Kadangkala di saat aku menangis sendirian, terasa dirinya menyapaku dengan pergerakannya yang cukup perlahan, mengingati aku yang aku tidak sendirian.

Pagi ini aku sibuk menyiapkan Naeun untuk hari pertamanya ke tadika. Terasa sebak pula saat memikirkan betapa pantasnya masa berlalu, kini usianya sudah empat tahun.

Setelah Naeun lengkap berpakaian uniform, sengaja aku kelipkan hair clip berbentuk arnab pada hujung rambutnya sebelum aku tersenyum sendiri saat menatapnya sekarang.

Kalaulah Jungkook ada bersama dengan kami sekarang..

Tak semena-mena mataku mula terasa panas dan membahang.

Namun cepat-cepat aku mengalihkan tumpuanku dengan mengambil beg galas milik Naeun di atas sofa berdekatan katil.

Kemudian aku kembali duduk di hadapan Naeun di atas katil sebelum tali beg miliknya aku sarungkan ke kedua-dua bahunya.

"Omma.."

"Hmm?"

"Bila appa nak balik?"

Terdengar suara Naeun perlahan menyapaku buatkan perlahan-lahan kepala aku angkatkan, berbalas renungan dengannya.

Terlihat tatapan matanya yang polos menikam tepat anak mataku buatkan aku kehilangan kata-kata.

Selama tiga bulan ini, beberapa kali dirinya bertanyakan persoalan yang sama namun seringkali omma dan Somi pantas menukar topik sehinggakan Naeun sendiri terlupa.

Tapi kini, aku hanya berdua dengannya.

Tidak mahu lagi mengelak dari terus menjawab persoalannya, perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman, namun terasa cukup pahit.

Rambutnya aku usap lembut dan perlahan.

"Naeun rindu appa ya?" Tanyaku walaupun aku sendiri tahu jawapannya.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now