4

1.5K 212 163
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Yerim."

"Hmm."

"Bangun, first day school ni." Tuturnya perlahan dengan getaran tawanya perlahan.

Terasa pipiku ditepuk perlahan dan lembut beberapa kali sebelum dicium bertalu-talu buatkan aku mengeliat geli, sekali lagi tawanya tercetus.

"Bangun sayang." Kejutnya lagi kali ni dia picit pula hidung aku lembut.

"Jangan kacau sayalah." Marahku sambil tepis tangan dia, mata masih terpejam rapat.

"Duduk dulu." Arahnya.

"Tak mahu."

"Duduk."

Aku mengeluh bila dia mula tarik tangan aku. Akhirnya aku duduk juga walaupun mata aku masih terpejam.

"Peluk saya."

Kalau ni aku on. Terus aku peluk dia dengan mata terpejam bila dia tarik aku dalam pelukan dia sebelum terasa dia mula dukung aku macam budak-budak.

What the hell? Aku ni tengah mimpi ke? Tapi aku masih pejamkan mata, sempat lagi aku tidur dekat bahu dia.

Perlahan-lahan mata aku celikkan bila terasa badanku didudukkan di atas sesuatu. Celik-celik je aku dah dekat dalam bilik air, duduk atas mangkuk tandas.

Aku angkat kepala pandang dia. Kelihatan dia sibuk letakkan ubat gigi dekat berus gigi aku sebelum dia hulurkan dekat aku.

Aku ambil dan aku masukkan dalam mulut aku. Mula-mula je aku gosok lama-lama aku terlelap balik.

"Ya tuhan, budak ni."

.
.
.

"Betul ni tak nak pergi sekali?"

Tanyanya saat kami mengatur langkah sama menuju ke pintu rumah. Baru first day masuk kolej balik dah haru, ni semua salah akulah. Ni bukan bini kejut laki, laki yang kejut bini.

"Iya. Saya naik kereta sendiri." Balasku sambil buka pintu, laju saja tangan aku mengambil kasut sarung aku.

Dia hanya mengangguk dan pada masa yang sama turut sama ambil kasut miliknya yang terletak bersebelahan dengan kasutku.

"Naik kereta elok-elok, apa-apa call saya." Pesannya saat kami sama-sama selesai menyarungkan kasut dan aku hanya mengangguk.

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now