.
.
."Kau percayakan aku?"
Tanyanya kepadaku dan tanpa ragu, aku mengangguk. Terukir senyuman nipis di bibirnya saat melihat aku mengangguk sebelum senyumannya hilang.
"Kalau macam tu aku nak kau balik, ikut pakcik kau."
Darahku berderau saat mendengar idea gilanya. Pantas aku menggeleng.
"Yerim, listen."
Aku hanya membiarkan saat tangannya meraih dan menggenggam erat tanganku kiri dan kanan.
"Aku bukan bagi cadangan ni suka-suka, aku ada plan. Aku nak tolong kau. Trust me, okay?"
Wajahnya aku renung lama, cuba meneliti sama ada dia benar-benar hendak membantu aku.
.
.
.Masuk saja ke dalam bilik tidurku, pintu bilik aku hempas kuat dan pantas tombol pintu aku tekan sebelum pintu bilikku dihentak beberapa kali, diselangi dengan suara menggertakku, memaksaku keluar dari bilikku.
Nafasku turun naik, ketakutan. Air mata mengalir tanpa aku sedari.
Hembusan nafasnya yang berbau alkohol tadi masih segar di deriaku buatkan aku ketakutan dan jijik. Sempat dia menyentuhku tadi buatkan tubuhku menggeletar teruk.
Telefon pintarku yang sedang bercas di sisi katil aku capai. Nombor telefon seseorang terus aku dial.
Jungkook.
Namun tidak berjawab. Sekali, dua kali.
Aku mula teresak-esak menangis. Tanganku menggeletar teruk, tidak henti-henti menekan dial namun tidak berjawab.
Akhirnya aku cuba mendail panggilan kecemasan namun semuanya terasa sia-sia saat pintu bilikku dibuka dari luar.
Dengan langkahnya yang tidak teratur, lelaki itu menghampiriku dengan kunci pendua bilikku yang sengaja ditayangkan kepadaku dengan senyuman.
Sebelah tangannya menggenggam erat botol minuman keras.
"Makin besar, makin cantik kau, ya? Tak sia-sia aku jaga kau selama ni."
Semakin dia menghampiriku, tubuhku semakin kaku, takut dengannya.
"Kalau dia cuba apa-apakan kau, jangan diam je, kau dah besar, dia dah tua, lainlah dulu kau kecik! Sekarang kau kan dah besar, pakai otak, kau sepak je bebird dia! Sepak laju-laju pun boleh, aku yakin senak perutlah dia nanti!"
Seolah-olah bergema suara 'Snow ball' di telingaku, buatkan aku kembali pada realiti. Pantas sepakan padu aku layangkan pada celah kelangkangnya.
Seperti yang dijangka, lelaki itu terus berguling di atas lantai.
Terus aku berlari ke tingkat bawah namun tatkala aku menoleh, kelihatan lelaki itu sudah kembali mengejarku.
Entah di mana silapnya, mungkin kerana terlalu panik, aku jatuh tersungkur. Belum sempat aku hendak berdiri, badanku sudah ditindih oleh lelaki itu.
Trauma kembali menghantui aku. Sudah dapat mengagak apa yang terjadi selepas ini, badanku mula terasa lemah, dihantui rasa panik dan trauma.
Aku cuba melawan namun kudratku terasa cukup sedikit sekarang ini. Kedua-dua tanganku ditahan kuat pada lantai. Kedua-dua kakiku dihempap kuat.
Aku meronta, menangis dan cuba melepaskan diri namun semuanya gagal. Akhirnya, aku menangis dan merayu minta dilepaskan, terasa cukup lemah.
Semakin kuat jeritanku saat dia mula mengoyakkan bajuku. Teresak-esak aku menangis, mataku terpejam rapat. Terasa begitu jijik dan takut.
Namun, tiba-tiba saja bebanan di atas badanku hilang. Mataku masih terpejam rapat, menangis. Dapat aku dengar pergelutan di sisi tepi tidak jauh dariku namun aku masih diam, menangis dengan mata yang terpejam.
Sebelum terasa badanku yang terdedah dibaluti dengan sesuatu sebelum tubuhku diangkat dan dipeluk.
"Aku minta maaf, aku lambat.."
Jungkook..
.
.
.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...