.
.
.Dah sebulan aku dekat sini, boleh dikatakan aku lagi suka life aku sekarang berbanding zaman aku sekolah dulu.
Boleh dikatakan aku ramai kawan sekarang tapi yang rapat cuma seorang dua. Tapi yang paling rapat dengan aku, semestinya Somi dan classmate aku, Yoonji.
Sedih bila tak dapat sekelas dengan Somi tapi nasib baiklah aku ditemukan dengan Yoonji, tak adalah bosan aku dalam kelas. Yoonji ni nampak saja cantik, ayu tapi perangai dia agak boyish, tomboy.
Pasal Jungkook pula, nasib baiklah dia tak mengajar kelas aku. Aku pun jarang terserempak dengan dia dekat sini. Kitorang chat pun jarang. Dia tu pun, selagi aku tak chat dia, selagi tulah dia tak chat. Tak rindu aku ke?
Aku boleh je keluar masuk kolej ni, boleh je pergi jumpa dia tapi dia nak ke jumpa aku? Lagi pun, aku sibuk.
"Wei, kau dah siap kerja fizik yang madam kasi haritu?"
Yoonji tanya aku, muka risau habis.
"Ada kerja ke?" Tanyaku rileks, sumpahlah aku memang tak ingat.
"Bagus, semangat ni yang kita nak. Sebab ni, sebab nilah aku sayang kau. Kau memang sesuai jadi kawan aku. " Balas Yoonji yakin sambil sandar pada kerusinya.
"Ada kerja ke?" Tanyaku sekali lagi, dah start nak panik.
"Alah rileks lah, korang tak dengar cerita ke? Madam Yoo dah cuti bersalinlah. Tak payah buat pun tak apa. " Hayoung yang duduk di depan kami mula membuka cerita.
"Yes! Kena masa pula air ketuban dia pecah. " Yoonji ketawa jahat.
"Dengar cerita prof yang ganti Madam Yoo tu handsome, muda lagi." Cerita Hayoung lagi.
"Lelaki ke?" Tanya Jiwoo pula yang sedari tadi hanya mendengar di sebelah Hayoung.
"Apa bengap soalan kau ni? Dah kata handsome tak kan perempuan pula?" Marah Yoonji.
Aku pula lebih selesa mendengar. Sebenarnya dah start tak sedap hati.
Handsome? Muda? Fikiran aku dah start bayangkan seseorang.
Takkanlah..
Tiba-tiba suasana di dalam dewan kuliah menjadi sunyi-sepi, ni kalau jatuh kalkulator pun buat malu je, bergema.
Air liur aku telan saat melihat susuk tubuh seorang lelaki yang amat aku kenali memasuki dewan auditorium ini.
Jeon Jungkook.
Segak dengan kemeja putih dan seluar slack yang tersarung kemas di tubuhnya. Satu perkataan subjektif yang sesuai untuk describe dia sekarang. Handsome.
Dah macam berzikir, bergema perkataan handsome, handsome, handsome di segenap ruang dewan kuliah ni dek bisikan pelajar-pelajar.
Kini dengan yakinnya, dia berdiri di hadapan dan di tengah-tengah auditorium, langsung tidak gentar mahupun kekok dengan semua tumpuan terarah padanya.
Buku, fail dan Ipad yang sejak tadi berada di tangannya, kini diletakkan di atas meja.
"Good morning everyone."
Bersahaja dia mengucapkan selamat pagi kepada kami seraya mengangkat kepala memandang kami.
"Good morning, Sir."
Dah macam anjing laut, semua siswa dan siswi kecuali aku mula membalas ucapan selamat pagi kepadanya.
Tiada senyuman pun terukir di bibirnya. Kini dia bergerak ke hadapan mejanya sebelum dia duduk di hujung meja tersebut seraya berpeluk tubuh.
" My name is Jeon Jungkook. You guys can call me either Sir Jeon or even Dr. Jeon, it's all up to you guys, I don't mind. I'm 23 years old, yes you guys can treat me as your friend but please, know your limit."
Damn.
Betul ke ni Jeon Jungkook yang aku kenal?
" Saya ditugaskan untuk menggantikan tempat Madam Yoo. So, starting from today, I'll be your physic's lecturer until this end semester. "
Oh no. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?
"But, sebelum saya start mengajar. Sebelum ni madam Yoo dah pilih belum representative for subject fizik untuk kelas ni?" Tanyanya sambil berdiri.
"Belum?" Tanyanya saat melihat ada yang menggeleng dan ada yang menjawab 'belum'.
"If that so, let's choose one. Selalunya saya akan inform everything dekat representative, sama ada saya cancel kelas atau ada kerja or kuiz yang saya nak beri dekat awak semua. Don't worry, I'll give bonus marks for our representative. So, Anyone?"
Semua dah mula tak ada leher, tertunduk-tunduk elak eye contact.
"If no one want to volunteer, let's choose name."
Damnn.
Kelihatan dia mula mencapai Ipad miliknya, mungkin nak tengok senarai nama kelas kami.
Tolonglah jangan aku. Aku ni dahlah tak sukakan komitmen—
"Choi Yerim."
Shit.
Kepala aku angkatkan dan kelihatan matanya sudah tertumpu pada aku.
"So, which one from you is Choi Yerim?"
Eleh, dia buat-buat tanya pula.
Nak tak nak terpaksalah aku angkat tangan. Kelihatan dia tersenyum. Mungkin perempuan lain tengah cair tengok senyuman dia sekarang tapi tak bagi aku.
Geram je aku tengok dia sekarang.
" Good. After class, jumpa saya. "
Eleh, cakap jelah rindu, nak jumpa dengan aku. Menyampah!
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...