.
.
.Setelah mendapat kebenaran daripada jururawat untuk aku keluar sebentar dari wad, kini aku berada di hadapan bilik wad yang menempatkan Jungkook, turut membawa Naeun bersamaku.
Perlahan-lahan aku menunduk, memandang Naeun yang kebetulan sedang mendongak, memandangku dengan senyuman terukir di bibirnya sejak tadi, terlihat cukup teruja hendak berjumpa dengan Jungkook.
Kalaulah dirinya tahu yang ini mungkin akan menjadi pertemuan terakhirnya dengan Jungkook.
Walaupun terasa cukup sukar buatku, senyuman cuba aku ukirkan untuknya. Tangan kecilnya aku raih sebelum aku genggam erat.
"Naeun-ah.." Panggilku perlahan seraya mengusap lembut kepalanya.
"Nanti masa Naeun jumpa appa, appa tengah tidur tau.."
Tuturku perlahan dengan senyuman hambar terukir di bibirku. Sukar buatku untuk berterus-terang dengannya walaupun mungkin dirinya masih belum mengerti seandainya aku menjelaskan padanya.
"Tapi tak apa, Naeun masih boleh cerita dengan appa,.. peluk, cium appa.. Appa pun mesti rindu Naeun."
Sambungku lagi dengan senyuman masih terukir di bibirku walaupun mulai terlihat cukup rapuh.
"Esok appa dah nak pergi, nanti Naeun peluk, cium appa puas-puas ya?" Pintaku dengan mata yang mula berkaca namun senyuman masih kekal di bibirku.
.
.
."Appa."
Terdengar suaranya perlahan, memanggil Jungkook, seolah-olah tidak mahu mengganggu lena appa nya.
Tidak lepas anak matanya dari terus menatap wajah Jungkook, melepaskan kerinduannya selama berbulan-bulan.
Perlahan-lahan dirinya mengambil tempat duduk di atas ribaku yang sejak tadi duduk di kerusi bersebelahan katil sebelum dirinya mendongak, memandangku.
"Omma.."
"Hmm?"
"Nak cium appa.."
Pintanya kepadaku buatkan hatiku terusik. Walaupun tubir mataku mula terasa sarat dengan air mata, aku hanya tersenyum.
Dengan bantuanku, dirinya aku dudukkan di atas katil, di sisi Jungkook. Pada mulanya, dirinya hanya diam, tidak lepas dari terus menatap Jungkook. Seolah-olah mengerti yang ayahnya bukan hanya sekadar terlena.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfic"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...