.
.
.Dengan langkah yang perlahan, aku mendekati tembok tadi. Suasana kali ini terasa begitu sunyi, sangat sunyi berbanding tadi memandangkan sekarang sudah lewat malam, mungkin sudah menjelang subuh.
Sempat aku menoleh dan mengawasi sekeliling, memastikan kali ini tiada sesiapa yang mengganggu aku.
Aku tekad.
Kini aku berada betul-betul di hadapan tembok tadi, lama aku merenung pemandangan kota Seoul yang tadinya sibuk namun kini sedikit lengang.
Angin malam menyapaku buatkan dadaku berombak laju. Kenapa kali ini aku merasa ragu-ragu dan... Takut?
Pantas aku menggeleng perlahan. Ini yang aku mahukan. Sampai bila lagi aku hendak bertahan?
Baru saja aku hendak memanjat naik ke atas tembok, terasa bahuku disentuh buatkan aku spontan menoleh, tanganku laju menepis tangan tersebut.
Jantungku berdegup laju, dadaku berombak laju mengatur nafas, sejujurnya aku masih trauma.
Jungkook.
"Awak nak apa lagi?! Pergilah!" Halauku. Tak semena-mena air mata mula bergenangan di tubir mataku.
"Berhentilah." Tuturnya perlahan dan tenang buatkan aku terasa sebak.
Kenapa aku rasa macam ni?
Terasa tangannya hendak menyentuh tanganku namun pantas aku mengelak. Jantungku semakin kuat berdetak. Trauma dengan sentuhan lelaki.
Kelihatan dia tersentap dengan tindakan refleksku sebelum wajahnya kembali terlihat biasa.
"Pergilah!"
"Kalau aku tak nak?"
Sempat pula dia mencabar aku?
"Aku faham apa kau rasa sekarang ni—"
"Tak, awak tak faham! Jangan samakan diri awak dengan saya! Awak tak tahu apa saya rasa—"
"Aku pun pernah cuba untuk buat benda yang sama macam kau, bodoh."
.
.
.Sedari tadi kami hanya diam, termenung. Saling duduk bersebelahan, bersandarkan tembok rooftop ini. Sesekali tubuh aku menggigil kesejukan.
Sesekali aku menoleh memandangnya namun dia hanya diam di sebelah aku, tak termenung namun hanya diam.
" Jungkook.."
Namanya aku panggil perlahan namun dia hanya mengerlingku sekilas.
"Awak kata awak pernah cuba—"
"Jangan tanya aku soal tu. Cukup kau tahu sampai situ." Balasnya tegas buatkan aku terdiam.
Akhirnya aku hanya menunduk.
"Kau ni ada bipolar ke?"
Tiba-tiba dia tanya aku buatkan aku menoleh memandangnya.
"Tindakan kau,.. Macam tak terkawal. Sekejap kau okay, sekejap kau tak okay.. " Sambungnya lagi berhati-hati.
Aku hanya diam, tidak mengiyakan mahupun menidakkan.
"Sekarang kau buat aku rasa aku tak patut biarkan kau sorang-sorang."
Aku menoleh lagi pandang dia. Dia masih tunduk pandang aku.
"Saya okaylah."
"Huh, okaylah sangat. Baru tadi kau try nak terjun bangunan untuk kali kedua, itu kau kata okay? Kalau aku tak ada tadi, dah arwah agaknya kau sekarang ni."
Dia ni kan, mulut mengalahkan makcik, melaser tak kenangkan hati orang tapi aku langsung tak terasa. Sekurang-kurangnya, dia tak fake bila bercakap dengan aku.
" Kenapa awak nak peduli pasal saya? Kalau saya mati pun, apa kaitannya dengan awak? Biarlah saya mati."
Balasku berani. Dia pula terdiam dengan persoalan aku.
"Entah." Selamba dia jawab sambil jongket bahu.
Cet. Punyalah beria aku tunggu jawapan jiwang potong kaki dari dia.
.
.
.Akhirnya terpaksalah aku biar dia ikut aku sampai wad aku. Yang aku musykil ni mana semua guard dengan nurse? Makan gaji buta apa? Langsung tak cari kami ke apa? Ke semua pergi solat tahajjud ni dekat surau?
"Dah sampai."
"Hmm. Kau jangan buat benda bodoh lagi ya, aku sekeh kepala kau nanti." Ugutnya, macamlah aku takut.
"Yalah, saya boleh buat apa je dalam tu? Terjun katil? Jerut leher pakai langsir?" Perliku.
"Dahlah, pergilah balik wad awak. Nanti nurse ke guard nampak, mati kita."
"Bukan tu yang kau nak?" Perlinya lagi. Tak guna, kena lagi.
Aku jeling dia dan jalan tinggalkan dia.
"Bye."
Ucapku. Tak terlintas pun yang mungkin inilah pertemuan terakhir kami.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...