.
.
."Bye, Yerim. Kitorang tunggu dekat kafe tau."
Aku hanya mengangguk sebelum mata aku hanya memerhati Yoonji, Hayoung dan Jiwoo yang mula mengatur langkah keluar dari dewan kuliah.
Aku pulak, mahu tak mahu terpaksalah bergerak menghampiri Sir Kim yang sibuk menyusun kertas pop quiz kami tadi.
Boleh tahan kejam dia ni, baru first day dah kasi pop quiz. Nasib baik tak ada yang sawan dekat tempat duduk tadi.
"Sir." Aku menegurnya. Kut-kut dia tak perasan yang aku dari tadi tercegat dekat depan dia.
"Oh, sorry."
Dia memohon maaf sebelum dia tersengih.
"Awak ada kelas lagi lepas ni atau awak tengah free?" Tanyanya.
Aku tak ingat sangat jadual baru sem ni, jadinya aku keluarkan phone aku.
"Hmmm, jap ehhhh." Pintaku sambil scroll telefon aku. Dapat aku dengar dia ketawa, terhibur agaknya tengok aku.
"Ha, lepas ni saya free, petang nanti baru ada kelas lagi." Jelasku sebelum aku kembali masukkan telefon aku ke dalam poket seluarku.
"Kalau macam tu, ikut saya ke unit sekejap boleh? Ada benda saya nak bincang. Ada kelas lain nak masuk ni." Pintanya.
Baru perasan kelas lain dah mula memenuhi dewan kuliah ni. Akhirnya aku hanya mengangguk setuju.
.
.
."So, nama awak apa? Hari tu tak sempat nak berkenalan lebih, Jungkook dah bawa lari awak dari saya." Tanyanya sambil tersengih.
"Oh, nama saya Choi Yerim." Aku memperkenalkan diri, sempat aku menunduk hormat kepadanya, maklumlah dia kan lecturer aku.
"Eh, no need to do that. Buat biasa jelah dengan saya." Pintanya.
"Oh, okay." Balasku sambil tersengih segan. Sumpahlah, aku rasa awkward dengan dia.
"Sir Jungkook tahu ke yang Sir Kim mengajar dekat sini?" Tanyaku, nak elak keadaan jadi lagi kekok bila masing-masing diam.
"Tahu tapi saya tak terkejut kalau dia buat-buat tak tahu." Ceritanya sambil tersenyum hambar dan aku hanya diam.
Tanpa diduga, pandanganku kini tertumpu pada susuk tubuh seorang lelaki yang baru keluar dari unit Fizik.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...