.
.
.Kata nak tidur tapi alih-alih dia pun ikut tengok dengan aku, siap berebut popcorn dengan aku. Bila ada scene yang lawak, aku mesti akan pandang dia, bukan sebab apa, aku suka tengok dia ketawa. Tak sangka dia jenis mudah terhibur macam ni.
Bila dia ketawa, mata dia macam sparkling, faham tak? Nampak cute sangat.
Tiba-tiba pulalah ada scene bibir berlaga dalam kurungan kissing. Aku buat rileks saja tengok makan popcorn sebelum pandangan aku dihalang dengan satu tapak tangan.
Tangan Jungkook.
Aku toleh pandang dia. Dia buat rileks tengok scene tu.
"Tepilah, saya pun nak tengok juga." Marahku sambil tolak tangan dia.
"Gatal."
"Awak pun gatal." Balasku balik sebelum aku jeling dia.
"Dah biasa tengoklah tu dalam bilik."
Amboi, menunduh nampak?
Malas nak layan, takut aku lempar dia pergi layar lebar depan tu, baik aku diam.
Macam biasalah, bila dah sampai sesebuah climax cerita, pastinya akan ada adegan menyayat hati. Aku ni dahlah hati tisu, dah tisu, tisu basah lagi.
Mulalah aku menangis dekat sebelah Jungkook. Dia pula tayang muka fedap tengok aku.
"Kucing tak reti turun pokok pun kau nangis?"
"Sedihlah." Marahku sambil mengesat air mata kesayanganku.
"Buruk betul kau nangis."
"Diamlah." Marahku lagi.
"Dah,dahlah tu. Buruk gila kau nangis." Usiknya tapi tangannya sibuk tolong lapkan air mata aku.
Terus senyap aku dari terus menangis, terkejut dan berdebar dengan sentuhannya yang spontan.
.
.
."Thank you sebab bawa saya jalan-jalan hari ni, belanja saya makan, belikan saya jajan, temankan saya tengok movie—"
"Ye, ye, sama-sama, dah diam."
Aku hanya tersengih bila dia suruh aku senyap. Sekarang aku dah on the way balik ke kediaman kolej, Jungkook hantar.
"Nanti jangan cakap dekat adik aku kau keluar dengan aku, nanti dia report dekat omma aku, tak pasal-pasal kau jadi bakal kakak ipar tak official dia nanti, dia tu dahlah senget."
Part senget tu aku setuju tapi part bakal kakak ipar tu minta dijauhkanlah. Tak mahu saya.
" Aku hantar kau sampai dalam. "
" Eh, tak apalah. Awak berhenti je dekat depan tu. "
Bukan Jungkooklah kalau dengar cakap aku. Selamba dia memasuki kawasan kolej setelah scan card melalui touch and go. Sempat dia tersenyum dan menyapa seorang guard di pondok kawalan.
Aku pula dah tertunduk-tunduk, cover muka. Bila kereta mula melepasi pondok kawalan, aku duduk tegak. Jungkook aku tenung geram.
"Apa awak buat ni?! Nanti kalau student awak nampak macam mana?! Awak tu dahlah ramai peminat, matilah saya kena belasah dengan mereka nanti!"
" Aku kan bawa kereta lain hari ni, tak ada siapa perasan punya. Lagi pun kalau ada yang nampak pun apa salahnya."
Akhirnya aku cuma mampu mendengus geram. Cakap dengan dia ni memang sampai bila-bila tak menang.
.
.
." Huaaaaa! Bila nak habis kerja aku ni?! "
Jeritku geram sebelum kalkulator di tangan aku hempas kuat ke atas buku. Stress tahu stress?!
Sehari ni aku menghadap fizik je, ingatkan bolehlah siap semua set ni dalam satu hari tapi semuanya angan-angan belaka.
Aku ni jawab satu soalan pun dah makan masa dua jam, belum lagi tangan aku ni gatal pergi tengok YouTube, gelak guling-guling dulu, capai keropok makan lu. Astu pukul dua pagi macam ni aku stress sendiri huaaaa.
Tak boleh jadi ni. Telefon yang aku kuarantinkan tak sampai setengah jam tu aku capai.
<snowball🐰
Seronok tidur?
Bangun sekarang.
Kasi saya skema jawapan.
>:/Telefon aku letak tepi balik lepas chat Jungkook. Lepas tu aku try fokus balik tapi aku dah dapat bau something terbakar, otak aku. Rasanya dah berasap kepala aku sekarang, mahu jerebu kejap lagi.
Ting!
Terus aku capai phone aku bila notification masuk.
Suka hati awak minta skema jawapan dari saya
Awak ingat saya kawan awak?Bipolar teruk. Tiba-tiba jadi lecturer aku pula padahal pagi tadi dia yang duduk sebelah aku gelak guling-guling dalam panggung.
Sir tak tidur lagi? Sibuk buat set soalan baru untuk kami ke?
Haah.
Kenapa?
Nak soalan bocor?Boleh ke?
Boleh.
Cium kaki saya dulu.
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfic"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...