.
.
."Sorry aku tak boleh hantar kau hari ni."
Muka sedih tak dapat aku bendung. Sempat aku mengerling teksi yang sudah menungguku di luar rumah.
"Tak payah nak buat muka macam tulah, bukannya kau tak boleh keluar pergi mana-mana, boleh je kau balik jumpa aku."
"Kalau macam tu kena bagi duit lebih, mahal tau tambang teksi dengan bas sekarang."
Tangan aku hulurkan kepadanya.
Dia capai huluran aku sebelum tanganku digenggam dan dibawa ke hidung dan mulutku.
Aku dongak pandang dia.
"Awak buat apa ni?" Tanyaku tak puas hati. Macam bodoh je.
"Kata nak salam."
Aku tenung dia tak puas hati, ish geramnya aku!
"Belajar elok-elok, jangan makan maggi selalu, jangan tidur lambat sangat, cari kawan elok-elok, aku tahu kau ni pantang nampak lelaki handsome dari aku sikit, mulalah menggatal, so jangan nak menggatal sangat, aku hantar kau pergi kolej biar kau belajar bukan menggatal. Faham? "
" Saya tahulah awak ada adik sama baya dengan saya tapi saya ni bukan adik awaklah, Jungkook. Lagi pun, masa nilah saya kena cari pasangan hidup saya kalau tak bila lagi? Awak tunggu ya, nanti saya balik, saya bawa balik menantu sorang untuk awak. " Usikku sambil tersengih.
" Suka hati kaulah. "
Eleh, yelah tu. Macam tak rela je tu. Haha.
Aku hanya tersengih, suka betul mengusik dia.
" Bye, Jungkook. Jangan rindu saya. "
" Memang taklah. Entah-entah tak sampai dua hari aku dah lupa muka kau macam mana."
Aku mencebik geram. Dia ni, cubalah sweet sekejap?
"Jungkook. Tunduk kejap."
"Nak buat apa?"
"Tunduk jelah. Tak sampai ni."
"Haih dahlah pendek, menyusahkan pulak tu—"
Terus terdiam dia bila aku peluk dia, sengaja aku rangkul leher dia, biar diam sekejap dia.
Eleh, merungut-rungut pun, dia still menunduk, ikut cakap aku.
"Terima kasih sebab tolong saya, sebab ada dengan saya, saya janji saya akan belajar elok-elok untuk diri saya, untuk awak." Ucapku perlahan. Alahai, tiba-tiba sebak pula, macam aku nak accident pula kejap lagi.
Pelukan aku lepaskan. Dengan mata yang berair aku tenung dia. Renungannya redup menatap mataku.
"Nanti kalau rindu, call saya tau! Bye, bye!"
.
.
."Yerim, nama betul kau apa?"
"Kenapa? Diorang dah agih-agihkan bilik ke?" Tanyaku. Mula gelisah. Aku masih dalam perjalanan sementara Jeon Somi, adik kepada Jungkook sudah lama sampai di kolej.
"Aku tanya ni nama betul kau apa?"
"Yerimlah tak kan selama ni aku pakai nama salah pulak!"
"Bongok, janganlah main-main! Aku dah excited teruk ni! Nama penuh kau apa?! Choi Yerim ke?!"
"Haah, akulah tu. Asal?"
"Omg, wei! Ahsjsjsjsjsjs!"
Sempat aku alihkan telefon aku dari telinga aku. Mahu pekak sebelah aku dengar dia meraban dekat sana.
"Kau roommate aku gila!"
"Seriuslah?! Ahsjsjsjsjjssjs!"
Kali ni aku pula jadi anjing laut dalam teksi ni.
"Bye, aku nak pilih tempat paling cun! Aku tinggalkan katil jengket sebelah untuk kau! Haha!"
"Woi!"
.
.
.Sebaik saja pintu terbuka, kelihatan seorang perempuan yang selama ni aku hanya kenal melalui gambarnya, sedang berdiri di hadapanku dengan senyuman lebar.
Mungkin gigi arnab tu warisan turun temurun, ternyata dia turut sama mempunyai gigi arnab seperti abangnya.
"Yerim?!"
"Somi?!"
"Ahsjsjsjsjsjsj!"
Maka kami pun menjadi anjing laut selama seminit sebelum kami saling berpelukan.
"Betullah kata abang aku, kau pendek gila!"
Kurang ajar. Bukan salah aku, dah korang yang tinggi.
"Diamlah! Tolong aku angkut barang aku ni!"
YOU ARE READING
Still With You | jjk [✓]
Fanfiction"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuhan hadirkan seseorang di dalam hidupnya. Jeon Jungkook. Lelaki itu terlihat biasa, tenang, seperti...