70

1.6K 218 79
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Untuk seketika, dengan keadaan dirinya yang masih mamai, matanya bergerak perlahan mengawasi sekeliling.

Sebelum dirinya tersedar akan sesuatu, cepat-cepat dirinya hendak bangun dari terus terbaring namun terasa ada tangan menahan lembut bahunya agar kembali baring.

"Rehatlah, keadaan kau masih lemah."

"Tapi, hyung—"

"Dengar cakap aku. Kau tak sedar ke betapa teruknya keadaan kau tadi? Kalau tak dapat rawatan segera kau dah tak ada dekat sini tahu?"

Jungkook terdiam saat diperli oleh Seokjin yang bermulut puaka.

Akhirnya Jungkook hanya diam, terbaring di atas katil namun fikirannya melayang memikirkan seseorang, hatinya tidak henti merisaukan seseorang.

" Yerim macam mana? "Tanyanya dengan jantung yang berdetak laju.

"Dia okay, Jungkook. Doktor yang rawat dia tu kawan aku, jangan risaulah."

"Aku nak jumpa Yerim."

"Dia belum sedarkan diri lagi tapi kau jangan risau, keadaan dia dah stabil."

"Aku tak nak apa-apa jadi dekat dia.." Tuturnya perlahan dengan mata yang mula berkaca, merenung lama Seokjin yang sejak tadi berdiri di sisinya.

Seokjin mengeluh.

"Jungkook, dia okay. Kau jangan risau. Sekarang ni fokus pada kau. Kau tahu tak keadaan kau makin teruk sekarang ni?" Tanyanya Seokjin dengan riak muka serius.

Sekali lagi Seokjin mengeluh sebelum kerusi di sisi katil ditarik kemudian dirinya mengambil tempat duduk di situ.

Wajah Jungkook direnung lama.

" Kau kena start buat chemo balik.."

Jungkook terdiam saat kata-kata itu menyapa perlahan telinganya. Tak sikit pun dirinya terkejut dengan kenyataan itu kerana dia tahu, semua ni akan terjadi.

"Teruk sangat ke kali ni?" Tanya Jungkook perlahan.

Kelihatan Seokjin hanya diam, merenungnya lama buatkan dirinya dapat mengagak jawapannya.

.
.
.

"Aku keluar sekejap, kau jangan pergi mana-mana eh. Aku dapat tahu kau keluar dari wad ni, siap kau."

Still With You | jjk [✓]Where stories live. Discover now