[15 votes + 25 comments]
IYA GUWE BERJAYA APDET HARINI SKSKSKSKSKS
YA SILAKAN VOTE YA
7.45 am
"Betul eh 3 hari?" soal Eunha mahukan kepastian. Dia memandang lama wajah Jungkook di hadapan, menanti respon. Sebenarnya soalan ini sudah banyak kali ditanya oleh seketul Jung Eunha ini.
"Yeee, 3 hari je" jawab Jungkook agak meleret sebelum mencuit pipi gebu isterinya itu sekilas.
"Araso. Kalau lusa awak tak balik lagi, siap eh" balas Eunha yang berbaur amaran itu. Nadanya yang semulajadi comel itu kononnya mahu kedengaran tegas. Matanya dijegilkan sedikit.
Jungkook tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya. Akur saja dengan amaran mesra Eunha itu.
"Dah, sayang. Saya kena pergi dah ni. Flight pukul 8.15" tutur Jungkook setelah mengerling jam di pergelangan tangannya itu. Dia memandang wajah cemberut isterinya itu.
"Eoh, araso" balas Eunha dengan wajah masam mencukanya itu.
Jungkook berdecit perlahan melihat ekspresi wajah Eunha sebelum tergelak kecil. Tubuh kecil Eunha dipeluknya erat namun hanya sekejap. Dia kemudiannya memegang kedua-dua bahu wanita itu lalu mengamati wajah cemberut isterinya itu.
"Mwoya? Selama saya pergi outstation sebelum ni,even lagi lama dari ni, sayang tak pernah nampak berat hati macam ni pun?" tutur Jungkook hairan dengan kening yang diangkat sebelah. Memang tidak pelik dia hairan dengan perangai isterinya itu. Kerana selalunya, seberat hati mana pun wanita itu, dia tidaklah se'mengada' ini.
"Bukan berat hati. Tak puas hati" seloroh Eunha sebelum menjeling sekilas lelaki itu.
Jungkook tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya. Mengiyakan sahaja respon isterinya itu.
"Hm, pergilah cepat airport. Nanti kang tertinggal flight" tutur Eunha mendatar. Jungkook tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Eoh. Jaga diri, hm?" pesan Jungkook sambil mengusap sekilas rambut Eunha. Eunha tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Em, you too" balas Eunha sambil memandang wajah sempurna Jungkook itu.
"Eoh, saya pergi dulu" pamit Jungkook seraya menepuk lembut bahu Eunha sebelum masuk ke dalam perut keretanya.
Eunha hanya mengulum senyuman kecilnya sehinggalah kereta sedan yang dipandu Jungkook itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.
Eunha kemudiannya menilik jam di pergelangan tangannya.
7.50 am
"Hm,still ada masa nak bersiap" gumam Eunha sebelum menghayun langkahnya menuju ke pintu utama rumah.
Eunha melangkah dengan tenang sebelum secara tiba-tibanya kepalanya terasa sakit. Drastik langkahnya terhenti. Tangan kanannya naik memegang sisi kepalanya manakala tangan kirinya dilekapkan di dinding bersebelahan pintu depan, menahan dirinya seketika.
"Ah, mwoya? Kenapa tiba-tiba kepala aku sakit ni?" monolog Eunha perlahan sambil mencengkam sisi kepalanya yang terasa berdenyut itu. Dahinya berkerut-kerut. Bibirnya dikemam rapat.
"Aish, not now... "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»23
•
•
•
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...