🔷37

349 56 181
                                    

[15 votes+20 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[15 votes+20 comments]

YA HAI

SLPS 3 HARI TAK APDET EM

MAAPLA SAYA BUSY

MOSTLY MALAS LA EM

HA SILAKAN BACA

VOTE YA












TIGA hari sudah berlalu, maka hari ini adalah hari dimana seorang Jeon Eunha dibenarkan untuk pulang oleh doktor yang merawatnya itu. Jadi, tak perlulah dia harus menghidu bau-bau ubat yang tidak enak itu lagi. Bukannya dia tak rimas dengan bau ubat-ubatan yang berterusan itu.  Rongga hidungnya sudah terseksa dek bauan itu selama tiga hari yang seperti seminggu itu. Mujurlah hari ini dia sudah dapat pulang ke rumah.

EUNHA yang sedang duduk di birai katil pesakit sambil ligat berbalas mesej dengan Yuju itu langsung terhenti apabila bunyi pintu digeser ke tepi menarik perhatiannya. Dia menoleh ke arah muka pintu wad. Figura Jeon Jungkook yang menyapa pandangannya itu cukup membuatkannya dia mengukir senyuman.

"Dah siap bayar eh?" soal Eunha dengan kening yang terangkat sebelah.

Ya, Jungkook keluar sebentar 10 minit lepas untuk menguruskan bayaran bagi kos rawatan Eunha.

"Eoh, kajja" jawab Jungkook dengan senyuman kecil sambil menapak menghampiri Eunha.

"Eoh,kejap" balas Eunha akur dengan ringkas seraya menurun dari katil, menjejakkan kedua-dua kakinya itu ke lantai. Beg galas bersaiz sederhana yang berisi pakaian dan keperluannya  yang terletak di atas meja bersebelahan katil itu dicapainya.

Baru saja Eunha mahu menggalas beg galas itu, beg itu terlebih dahulu diraih Jungkook. Objek itu bertukar tangan. Tersentak sebentar Eunha dibuatnya dengan tindakan tiba-tiba suaminya itu walaupun perkara itu sudah menjadi perkara biasa buatnya.

"Kajja" ajak Jungkook seraya mengubah kedudukan beg galas itu pada tangan kirinya lalu tangan kanannya menarik lembut lengan kecil Eunha, menarik wanita itu ke pintu wad. Pintu wad yang tertutup rapat ditolak ke tepi menggunakan tangan kirinya. Tangan kanannya langsung tidak melepaskan lengan Eunha. Seterusnya, mereka melangkah keluar dari wad persendirian itu.

Eunha hanya mengatur saja langkahnya dengan rapi dalam keadaan ditarik Jungkook itu. Setelah itu, dia akhirnya berjalan seiring dengan lelaki itu di koridor hospital yang panjang itu.

"Sayang, awak tak ada apa-apa schedule ke hari ni? Meeting ke appoinment ke, tak ada?" soal Eunha penasaran sambil mendongak sedikit memandang suaminya itu di sebelah.

"Kenapa? Nak saya busy macam tu ke?" balas Jungkook dengan soalan kembali. Keningnya diangkat sebelah sambil tersenyum sumbing. Sengaja mahu menguji bekas pesakit hospital itu.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now