[16 Votes + 30 comments]
"Nanti kan, Yeon akan jadi kakakkk!" seloroh Mi Yeon riang sambil melompat kecil serentak dengan tangannya yang sedang ditepuk teruja itu.
Maka, terkebil-kebil lah seorang Jeon Jungkook disebabkan tuturan riang Mi Yeon itu.
"Hah? Kamchagi?" respon Jungkook bingung dengan dahi yang sudah berkerut seribu. Dia memandang wajah teruja Mi Yeon dengan pandangan yang terkebil-kebil.
Kamchagi= out of sudden
"Mama cakap nanti Yeon akan dapat adik. Jadi, Yeon akan jadi kakak lah, daddy!" jelas Mi Yeon lancar dengan terujanya.
Jungkook yang masih bingung itu perlahan-lahan berdiri semula dari posisi melututnya itu. Dia kemudiannya memandang Chaeyeon yang sudah mengemam bibirnya setelah dahinya ditepuk perlahan.
"Chae, kau pregnant ke?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Teragak-agak juga dia mahu menyoal sebenarnya.
"Eh, tak! Mana ada! " balas Chaeyeon spontan sebelum menggelengkan kepalanya laju. Dia kemudiannya menggigit bawah bibirnya setelah baru menyedari apa yang diresponnya itu. Sepatutnya, dia harus membantu Eunha berdalih soal itu. Semuanya salah respon refleksnya itu.
"Dah tu? Kenapa Yeon cakap nanti dia ada adik?" soal Jungkook hairan dengan dahi yang berkerut. Bertambah bingung dia dibuatnya. Dia mengerling sekilas Mi Yeon di sebelah.
"Er, tu... "
Chaeyeon menggaru-garu perlahan pipinya. Matanya meliar ke sekeliling sudut ruang tamu, berusaha mencari ilham untuk dia membuat alasan. Dia mengerling Eunha di sebelah sambil mengemam bibirnya.
"Ala, daddy ni. Adik Yeon tu nanti bukan anak mama la! " seloroh Mi Yeon bersahaja. Mulut Chaeyeon sudah melopong luas dek tuturan anaknya itu. Dia memejamkan matanya seraya meraup mukanya perlahan.
Menyesal bagitahu budak ni!
"Eoh? Lepas tu anak sapa?" soal Jungkook seraya memandang budak perempuan mulut betah itu semula. Keningnya diangkat sebelah.
"Anak mum--"
"Mi Yeon sayang, jom kita makan? Mama masak apa hari ni? Tunjuk la dekat mummy" seloroh Eunha pantas seraya langsung menghampiri Mi Yeon yang tak sempat menghabiskan katanya itu.
"Eoh, mama masak banyak makanan hari ni, mummy! Sini Yeon tunjuk!" balas Mi Yeon teruja dan langsung menarik lengan Eunha, mengheret figura Mummy-nya itu ke ruang dapur.
Chaeyeon langsung melepaskan keluhan leganya perlahan. Hampir saja anaknya yang bertuah itu membocorkan segalanya. Maklumlah, awal lagi Eunha sudah memesan kepadanya dan Mingyu untuk tidak bercakap soal hal ini kepada Jungkook. Biarlah dia sendiri yang memberitahu nanti. Jadi, disebabkan itulah seorang Kim Chaeyeon ini gelabah habis jika anaknya itu membongkarkan soal itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...