ENTAH LA TAK TAHU LA DAH REACH KE BELUM 30 VOTES CHAP SEBELUM NI
AKU APDET JE LA
MALEH AKU
ha vote je la
"Lah, sayang. Still dekat sini lagi?" tegur Eunha serta-merta tatkala matanya terarah pada figura Jungkook yang sedang duduk di bangku kayu di beranda rumah itu. Lelaki itu sejak mereka pulang dari rumah Choi Im Hwa dan tuan Jung lagi dia sudah duduk di bangku itu. Bermakna sudah hampir 30 minit dia di luar. Katanya mahu ambil angin sekejap. Lama betul 'sekejap' dia.
Jungkook yang dari tadi hanya memandang lurus ke hadapan itu langsung terganggu sebentar dek suara Eunha yang tiba-tiba menyapa telinganya itu. Dia menoleh melihat isterinya yang sedang berdiri di tepi pintu gelangsar itu sebelum bibirnya hanya mengulum senyuman kecil buat wanita itu. Setelah itu, dia kembali memandang lurus ke hadapan.
Eunha mengeluh kecil melihat respon kosong Jungkook itu. Dia kemudiannya menapak ke arah bangku kayu yang diduduki Jungkook itu lalu punggungnya dilabuhkan di sebelah suaminya itu.
"Sayang, awak still fikir pasal tadi?" soal Eunha membuka bicara sambil menatap sisi wajah sempurna Jungkook di sebelah.
Jungkook menoleh memandang Eunha di tepi sebelum hanya menganggukkan kepalanya bersama secalit senyuman kecil. Dia kemudiannya kembali memandang ke depan.
Eunha mengemam bibirnya sebelum mengeluh perlahan. Dia meraih tangan kanan Jungkook lalu ditekup oleh kedua-dua tangan kecilnya itu, bertujuan menyalurkan sedikit semangat kepada lelaki itu.
"Ala, everything's gonna be okay la, sayang. Tak payah fikir sangat lah. Lagi pun, itu kan pilihan Hae sendiri yang nak tinggal dengan mama dia" tutur Eunha lembut sambil menatap wajah Jungkook yang baru menoleh memandangnya itu.
"No, probably orang tua tu dah racun fikiran budak tu" tukas Jungkook senada sebelum langsung memandang ke hadapan kembali. Dia merengus perlahan.
Eunha mengemam bibirnya rapat. Genggaman kedua-dua tangan kecilnya pada tangan kekar lelaki itu dieratkan.
"Saya tak rasa macam tu la, sayang. Wajarlah dia buat decision macam tu since dia still marah dengan awak. Dia still bengang dengan awak so that dia lebih pilih stay dengan mama dia. Ye la, kalau orang still marah dengan kita, takkan senang-senang je dia nak rendahkan ego dia macam tu je kan? Mesti la dia nak tunjuk jugak protes dia" balas Eunha memberi anggapannya dengan hujah yang logik. Matanya kekal menatap sisi wajah suaminya itu.
"But still, stay dengan orang tua tu dah macam dia cari bala sendiri" ujar Jungkook mendatar. Jelas dia masih kesal dengan keputusan bodoh adiknya itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...