🔷131

226 57 172
                                    

YO SORRY FOR THE LATE APDETT!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YO SORRY FOR THE LATE APDETT!

MASIH MENUNGGU DGN SETIA KAN? EHE

HA VOTE PASTU SILAKAN BACA ANUCK II















"Ah, kau tak pergi jauh pun, perempuan" gumam Si Han dengan senyuman senget tatkala matanya terarah pada figura Yuju yang terjenguk-jenguk di sebalik dinding di lorong di hadapan sana. Lebih kurang 40 meter dari pintu hadapan barnya. Sambil itu dia mengatur nafasnya yang agak tercungap-cungap keletihan dek telah bersungguh mencari wanita itu di merata tempat.

"Bos, stok semua saya dah letak dekat gudang belakang"

Si Han yang ligat memerhati gerak-geri Yuju itu langsung terganggu sebentar dek suara pekerjanya yang mencelah. Dia menoleh memandang figura lelaki yang berpakaian kasual itu. Terbit satu idea di fikirannya tatkala itu. Nampaknya, itu saja cara paling mudah.

"Mana kunci lori kau? Sini bagi aku" pinta Si Han drastik seraya menghulurkan tangannya ke arah sang pekerja. Matanya kembali fokus pada tingkah Yuju di hadapan, tak mahu hilang jejak wanita itu.

"Ne?" sahut pekerja itu bingung dan hairan. Dahinya berkerut memandang Si Han di tepi.

"Cepatlah! Kasi aku!" herdik Si Han sebal lalu mencerlung tajam pekerja tersebut.

"Eo-Eoh, ne. Jansiman" respon pekerja itu langsung dan cepat-cepat menyeluk poket seluarnya. Kemudian, dihulurkan lantas kunci lori yang dipandunya dari kilang itu kepada sang majikan.

Si Han langsung menyambut kasar huluran kunci dari pekerja itu kemudian bingkas dia berlari mendekati sebuah lori syarikat yang terparkir di bahu jalan itu. Pintu bahagian pemandu dibuka lalu dia lantas masuk ke dalam lori itu. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci penghidup enjin dan enjin pun dihidupkan. Sebaik saja itu, dia pun menggerakkan kenderaan muatan berat tersebut.

Bertambah kabut dia jadinya apabila mendapati Yuju di hadapan sana sudah terlebih dahulu melintas jalan, sementara dia baru mahu memasukkan gear untuk lebih laju.

"Sumpah, kau patut mati, perempuan. Apa motif kau nak rakam call conversation aku bagai? Jadi kawan yang baik, huh?" omel Si Han sinis bersama aura hitam dan psikonya yang mulai memenuhi seluruh badan. Pedal minyak ditekan sekuatnya sambil tangan memainkan peranan mengubah gear. Dia perlu meluncur laju agar tidak terlepas figura yang mungkin akan menghancurkan segala rancangannya.

Saat itu, seorang Yoo Si Han itu langsung tidak memikirkan apa akibatnya berbuat demikian. Dia cuma mahu menghapuskan bukti. Pedal minyak ditekan lebih kuat tatkala dia sudah hampir dengan sosok tubuh Yuju yang hampir tiba di seberang jalan. Dan,

BAMMM!

Bunyi yang sangat kuat terhasil apabila dia berjaya merempuh tubuh seorang Choi Yuna hingga melambung tinggi. Kemudian, dia langsung menekan pedal brek sekuatnya bagi menghentikan lori yang dipandunya itu berhenti mendadak. Sebaik saja itu, dia melihat ke luar tingkap sosok Yuju yang sedang berguling-guling dan terhenti lemah di hadapan.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now