Warning!
Risiko sendu amat tinggi di chap ini
Yeye je HAHAHAHA
Tak tak jangan percaya ckp aku em
Tapi kalau betul kau sendu, ashila la bagitahu di komen nnti HAHAHAHAH
PERGH BANGGA JAP BOLEH DAILY APDET OHOHOHO
HA DH TU SILA LA VOTE, APPRECIATE SIKIT KAMONNNN
"Mummy...kenapa kan, aunty tadi cakap dia nenek Yeon?" soal Mi Yeon polos sambil memandang Eunha yang fokus memandu di sebelah itu.
Eunha langsung tersentak saat mendengar soalan Mi Yeon itu. Dia memandang sekilas budak perempuan itu.
"Jjinja? Dia cakap macam tu?" soal Eunha seraya memandang sekilas Mi Yeon di sebelah.
"Eung. Tapi, mula-mula tu dia ada tanya, mummy omma Yeon ke? Lepas tu Yeon jawab je lah 'ye'. Lepas tu dia terus cakap yang dengan betahnya sambil matanya bulat-bulat memandang sisi wajah mummynya itu.
Eunha menggigit bawah bibirnya.
Jadi, dia betul-betul ingat Yeon ni anak aku?
"Lepas tu Yeon cakap apa-apa tak?" soal Eunha dan memandang sekilas kanak-kanak perempuan itu. Dia kemudiannya memandang ke hadapan kembali sambil mengilas sterengnya ke kanan.
"Eoh. Yeon cakap, Yeon ada nenek satu je. Sebab yelah, papa cakap nenek Yeon yang sebelah papa dah tak ada. Jadi, Yeon ada satu nenek je la" ujar Mi Yeon lancar.
Eunha hanya mengangguk kepalanya perlahan.
"Tapi, kenapa aunty tu tiba-tiba cakap dia nenek Yeon eh mummy? Yeon tak faham lah. Lepas je Yeon cakap yang mummy ni omma Yeon, terus je aunty tu cakap dia nenek Yeon. Kenapa eh mummy?" soal Mi Yeon bingung dengan dahi yang berkerut.
Eunha tersenyum kecil.
"Ok, macam ni, sayang. Nenek Yeon yang sekarang, itu omma kepada mama Yeon. Sebab tu la mama Yeon selalu panggil nenek Yeon dengan panggilan 'omma'. Betul tak?" jelas Eunha seringkas yang mungkin kepada budak perempuan 5 tahun itu.
"O-Ohhh! jadi mama anak kepada nenek Yeon ye? Macam tu ke mummy?" balas Mi Yeon agak teruja.
"Iyaaa. Pandai anak mummy" respon Eunha sambil tersenyum lebar. Dia memandang sekilas budak perempuan itu.
"Hmmm, kalau macam tu, aunty tadi tu omma kepada papa ke, mummy? Tapi, papa cakap nenek Yeon yang itu dah tak ada. Habis aunty tadi tu siapa? Takkan la Yeon ada 3 nenek pulak, mummy?" soal Mi Yeon polos dengan hairannya. Dia mengusap-usap dagunya, lagak orang berfikir.
"E-Eh, tak ada lah,sayang. Aunty tadi tu silap orang tu. Yeon tak payah fikir lah" tukas Eunha sebelum mengukir senyuman buat Mi Yeon, cuba meyakinkan budak itu.
Mulut Mi Yeon melopong. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya faham.
Eunha tersenyum kecil sejurus mengerling respon budak perempuan itu. Dia kemudiannya mengemam bibirnya. Tentunya dia berasa resah dan gelisah. Tambahan pula, sepertinya si Choi Im Hwa itu akan melibatkan anak kecil ini. Dia bimbang jika wanita itu mengapa-apakan Kim Mi Yeon disebabkannya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...