[15 Votes+25 comments]
TAH LA RASA NK TARGET BALIK TAPI HM HM
AND IYOOO AGAINNN GAISS DAILY APDET OHOHOHO
HARAPNYA KONSISTEN LAH ')
TULUNG VOTE :)
7.13 am
Sinaran matahari pagi menembusi langsir tingkap bilik yang sedikit terselak itu,mencucuk sepasang mata yang sedang tenang terpejam, menganggu tidur nyenyak seorang Jeon Jungkook.
Berkerut-kerut dahi Jungkook dibuatnya sebelum matanya itu dicelikkan jua. Dia meraup mukanya perlahan. Kepalanya yang berasa sedikit berdenyut dipegang lalu dipicit-picit pelipis kepalanya itu.
Jungkook kemudiannya menoleh ke sebelah kanannya. Disangka seorang Jeon Eunha masih dibuai mimpi di sebelahnya, namun tidak. Figura isterinya itu tidak ada di sebelahnya.
"Lah, pergi mana pulak dia?" omel Jungkook bingung sebelum meraup rambutnya yang mengganggu dahinya itu ke belakang. Dia memandang ke sekeliling bilik sebelum matanya tertancap pada jam dinding yang sedang berdetik itu.
"7.15? Hm. Dia dekat bawah kot. Masak" andai Jungkook sendiri sebelum sekali lagi meraup wajahnya. Seolah-olah ingin menyegarkan dirinya sepenuhnya. Dia kemudiannya meraba-raba meja lampu di sebelah sehingga telefon pintarnya itu berada di dalam genggamannya. Setelah itu, dia langsung membawa objek itu ke wajahnya.
Seolah tiada perkara berfaedah ingin dilakukan di awal pagi, gajet pintar itu dinyalakan lalu mula melakukan kerjanya. Iaitu, membuka aplikasi Instagram. Ibu jarinya ligat menskrol newsfeed yang terpapar di skrin itu. Dia leka menskrol-skrol di skrin telefonnya itu hingga memakan masa hampir 10 minit.
Tidak lama selepas itu, telinganya menangkap bunyi suara orang menyanyi kecil yang kedengaran semakin menghampiri itu. Sel-sel otak Jungkook yang berhubung dengan cepat itu lantas berfikir bahwa suara itu tidak lain,tidak bukan, milik seorang Jeon Eunha.
Secara drastik, Jungkook langsung menutup telefon pintarnya itu lalu dicampak perlahan ke tepi. Dia membetulkan posisi kepalanya di atas bantal dan langsung mata dipejam rapat.
Tak, apa benda aku buat ni?
Serentak dengan itu, pintu dibuka dari luar. Eunha dengan cerianya menyanyi kecil itu berjalan masuk ke dalam bilik. Sesekali dia berpusing-pusing sedikit hingga tiba di almari pakaian. Mulutnya masih bergerak-gerak, bernyanyi kecil.
Jungkook yang sedang memejamkan matanya itu hanya mampu mendengar suara nyanyian kecil isterinya itu. Dengar saja bunyi pintu almari dibuka, Jungkook langsung membuka sebelah matanya. Sudah kalau pintu almari dibuka itu, tentunya Eunha sedang membelakanginya sekarang.
Dengan kedua-dua mata yang kini diceliknya dalam keadaan disepetkan,Jungkook memerhati segala gerak geri terlebih ceria isterinya itu. Wanita itu mengeluarkan sepasang sut pejabatnya dari almari lalu badannya dipusingkan untuk meletakkan pakaian itu ke atas katil. Jungkook pula mujur cepat memejamkan matanya kembali apabila Eunha itu tiba-tiba memusingkan badannya.
"Okey, nasib dah iron semalam. Kejap lagi boleh terus pakai~" omel Eunha sendiri dengan riangnya. Kemudian, dia berganjak menjauhi katil. Badannya dipusing membelakangi Jungkook kembali.
Sebaik saja Eunha memusingkan badannya ke depan, Jungkook kembali membuka sebelah matanya dan disusuli mata lagi sebelah pula. Dia memandang Eunha yang mencapai tualanya lalu langsung menapak masuk ke dalam tandas.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...