YE SETELAH 3 HARI TAK APDET
MAAP YE. DUA HARI LEPAS GUWE WRITER BLOCK. OTAK GUWE BLANK. GAK BISA MENAIP EM
SO HEREEE, ASHELAMAT MEMBACAAA
DO VOTE AND COMMENT OKEYHH
"Jungwon ah!"
Seorang Jeon Jungwon yang sedang khusyuk menonton rancangan kartun kegemarannya di kaca televisyen itu terganggu fokusnya dek suara lantang Eunha dari tingkat dua.
"Iye, mummy!" sahutnya langsung sambil matanya tetap saja tidak beralih dari skrin televisyen yang berukuran 30 inci itu. Jajan keju setia di pegangan sebagai kudapan.
"Sini naik atas cepat!"
Cemberut langsung raut wajah budak berusia 4 tahun itu tika mendengar arahan sang ibu. Arahan berganjak.
"Waeyoooo? Belum iklan lagi lah, mummy!" respon Jungwon agak membentak. Pun begitu, seketul jajan dilontar juga ke dalam mulutnya.
"Cepat! Nanti kalau mummy turun,"
"Iye, kejappp! Nak naik dahh!" balas Jungwon serta-merta dek terasa terancam dengan bicara Eunha itu. Dia tak mahu saluran kartun kegemarannya itu dikunci wanita itu. Maklumlah, dia pernah mengalami keperitannya dulu.
"Ha, cepat! "
Jungwon mencebikkan bibirnya lalu melompat turun dari sofa. Plastik pembungkus jajan perisa keju yang masih berbaki itu diletakkan sementara ke atas meja. Kemudian, dengan hati yang berat, dia terpaksa bergegas ke tangga untuk ke tingkat atas, seperti yang diarahkan sang ibu.
"Kenapa, mummy?" soal Jungwon polos sebaik saja dia tiba di muka pintu bilik tidurnya. Ditatap tertanya-tanya figura Eunha yang berada di dalam biliknya, membelakanginya.
Mendengar suara Jungwon, Eunha pun memusingkan badannya menghadap sang anak.
"Ini, pensel warna ni. Kenapa tak kemas balik lepas guna? Berterabur sana sini. Pensel warna hijau dekat tepi sana, biru tepi sini. Itu warna merah tu. Sampai ke bawah katil! Nanti mula lah cakap pensel warna dia hilang lah, lupa letak dekat mana lah, tinggal sebatang pensel lah. Lepas tu suruh daddy dia beli baru nanti. Lepas tu buat perangai macam tu balik. Cubit nak cubit?" bebel Eunha panjang lebar dengan lancarnya bersama tangan kiri yang refleks mencekak pinggang. Matanya tepat merenung wajah polos sang anak.
Jungwon pantas menggelengkan kepalanya laju. Tak mahu dicubitlah katakan. Bulat-bulat matanya memandang wajah kesal Eunha.
"Ha, lain kali lepas dah habis mewarna tu, simpan kemas-kemas balik pensel warna tu. Bukannya biar berselerak atas lantai macam ni. Mummy tak suka Won buat macam ni. Lepas je guna pensel warna, terus susun kemas-kemas dalam kotak dia lepas tu letak atas meja. Tak nak biar selerak atas lantai macam ni. Okey?" tambah Eunha lagi dengan nada yang sememangnya lembut walau sedang membebel kesal sekalipun. Keningnya dijongket sebelah sambil memandang wajah Jungwon, mahukan respon dari si kecil itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
أدب الهواة[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...