🔷39

253 52 190
                                    

[16 votes+30 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[16 votes+30 comments]

OK SILAKAN VOTE

TQ














"Sayang" panggil Eunha sebaik saja selesai bersolek dan menggayakan rambutnya di hadapan cermin. Dia memandang sekilas Jungkook yang sedang mengancing butang lengan baju kemeja berhadapan cermin panjang itu.

"Hm?" sahut Jungkook ringkas dan sekadar mengerling sekilas ke arah Eunha di meja solek itu.

Eunha berdiri lalu menapak menghampiri Jungkook. Dia berdiri di hadapan lelaki itu lalu tali leher yang tersangkut di penyangkut bersama kot itu dicapainya. Seterusnya, kolar kemeja suaminya itu dibuka lipatannya kemudian kakinya dijinjit sedikit bagi memudahkannya untuk melingkarkan tali leher itu pada kolar baju kemeja Jungkook.

"Awak, saya pergi dengan Yuju eh hari ni" tutur Eunha, memandang sekilas wajah Jungkook yang tidak jauh darinya itu sambil tangannya giat menyimpulkan tali leher di kolar kemeja lelaki itu lalu diketatkan perlahan.

Jungkook mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa?" soal Jungkook dengan sebelah keningnya yang masih terangkat itu sambil matanya tertumpu pada Eunha di hadapan yang ligat mengemaskan tali lehernya.

"Oh tak, hari ni Yuju drive sendiri so dia rasa macam kosong la kalau tak ada siapa dalam kereta dia. Itu yang semalam dia ajak saya teman dia hari ni. Dia dah lama tak drive sendiri, wak. Selalunya appa dia yang hantarkan" jelas Eunha panjang lebar sebelum mengukirkan senyuman sekilas buat Jungkook. Setelah itu dia menyambung kerjanya, melipat kembali kolar baju suaminya itu, menutupi tali leher yang melingkar di situ.

"Kenapa baru bagitahu hari ni?" soal Jungkook dan menjongketkan lagi sebelah keningnya.

"Ala, kan semalam saya tidur awal. Lupa lah nak bagitahu awak" respon Eunha ringkas sebelum tersengih kecil.

Jungkook sekadar berdecit perlahan.

"Boleh kan, awak? Hari ni je, eoh? Boleh kan,boleh kan?" soal Eunha bertubi-tubi dengan matanya yang bulat-bulat itu, meminta kebenaran suaminya itu.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum menekup lembut pipi mulus Eunha itu menggunakan tangan kanannya.

"Kalau saya cakap tak boleh pun, still nak pergi jugak kan?" tebak Jungkook sarkastik dengan kening dijongket sebelah.

Eunha hanya tersengih comel, menayang sebaris giginya itu. Tentulah dia kenal dengan dirinya itu. Degil. Selagi apa yang dia mahukan tak diberikan, dia akan tetap dengan pendiriannya sehingga dia akhirnya dapat apa yang dia mahu.

"Jadi, boleh tak?" soal Eunha lagi seraya menyengetkan kepalanya,memandang lelaki di hadapannya itu.

Jungkook memandang lama ekspresi wajah yang ditunjukkan Eunha disertakan matanya dikerdipkan berkali-kali itu.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now