🔷35

298 58 197
                                    

[17 votes+30 comments]

YA PUKUL 12 YA EM

MAAPLA LEWAT

EM EM

HA CHAP NI PANJANG BOLEH TAHAN, SOOOO JANGAN TERLELAP PULAK YA-

PASTU VOTE LA LAMEK

KOMEN BEBANYAK YEE

TENKIU

UHUK

HEPI READINGGG 💙












Tzzt tzzt!

Telefon pintar milik Jungkook yang berdering dalam mod getaran itu secara tidak langsung mengganggu Jungkook yang sedang mengamati wajah pucat Eunha yang masih tidak sedarkan diri dari 15 minit yang lalu lagi. Dia memandang sekilas Eunha sebelum tangan kanannya yang menggenggam tangan kecil isterinya itu dilepaskan. Tangannya bergerak menyeluk poket seluar lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Objek itu dinyalakan.

You have a message from Kim Mingyu

»Eunha dah sedar ke?
9.38 pm

Belum«
9.38 pm

Usai membalas ringkas mesej dari Mingyu, Jungkook langsung mematikan telefon pintarnya itu. Objek itu diletakkan ke atas meja yang wujud di sebelah kanan katil pesakit itu. Setelah itu, matanya kembali tertumpu pada wajah lesu Eunha. Satu keluhan kecil dilepaskan.

Lebih lama dia menatap wajah polos itu, lebih bertambahlah rasa bersalah dan kesal dalam dirinya. Dan itu semestinya buat hatinya bertambah sakit.

Tangan kecil Eunha yang kaku itu diraihnya kembali lalu digenggam erat. Kepalanya menunduk perlahan, memandang selimut putih suci yang menutupi separa tubuh kecil isterinya itu. Bibirnya diketap kuat sebelum satu keluhan berat dilepaskan.

Dia terlalu diselubungi pelbagai perasaan. Rasa bersalah, kesal, sebal, berang dan macam-macam lagi rasa lain yang tidak dapat diungkapkan. Perasaannya terlalu bercampur-baur. Dan, dia betul-betul tidak dapat menepis kesemua perasaan itu.

"Eh, kalau kau tak bagi semua perhatian kau dekat klien penting kau tu, Eunha pun tak akan pergi dari situ lah. Dia cuma rasa macam tunggul kayu dekat situ. Sebab apa? Sebab sikit pun kau tak kasi fokus dekat dia. Dia pergi pun sebab rimas, tak ada siapa bagi perhatian untuk dia. Kalau kau alert time dia pergi tu, kau boleh halang la dia dari kena tolak dengan Choi Im Hwa tu"

Masih terngiang-ngiang lagi tuturan Chaeyeon 30 minit lepas di telinga Jungkook. Bibirnya dikemam rapat. Kemudian, satu keluhan panjang dilepaskan.

Betul lah kata Chaeyeon.

Kalau dia lebih peka, lebih memberi perhatian kepada Eunha, perkara ini tak akan berlaku. Mungkin dia mampu untuk menghalangnya.

Namun apa kan daya. Ianya sudah pun terjadi. Apa yang dapat dia rasakan sekarang cumalah satu penyesalan.

Perkara sudah terjadi. Menyesal pun sudah tak ada gunanya.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now