HAI
SORRY TAK APDET SEMALAM
YE TAHU TAKDE YG KISAH PUN HAHAHAHAHA
ALSO SORRY TAK SEMPAT NAK REPLY COMMENT KORANG ;-;
YE AGAIN, TAHU TAKDE YG PEDULI PUN
Ok vomment, tq ;)
"Awak" panggil Eunha sambil memandang sisi wajah Jungkook dengan tangannya yang sedang menongkat dagu. Sejak dari tadi lagi dia dalam posisi itu, memerhati lelaki itu yang fokus dengan kerjanya. Sekejap keluarkan fail itu, sekejap keluarkan fail ini. Sekejap menghadap komputer, sekejap menghadap telefon. Sibuk betul suaminya itu sebaik saja mereka pulang dari rumah Mingyu.
"Hm?" sahut Jungkook ringkas sambil menilik berhelai-helai kertas kerja di atas meja kerjanya itu. Dia mengerling sekilas Eunha di sebelah.
Eunha menurunkan tangan kirinya yang berperanan menongkat dagu itu tadi.
"Banyak sangat ke kerja awak? Anything nak saya tolong?" soal Eunha yang jelas menawarkan dirinya itu. Dia memandang lama Jungkook, menanti respon si lelaki sibuk itu.
"Tak, tak apa. Dah nak settle dah. Tak perlu tolong apa-apa pun" respon Jungkook lembut sambil mengulum senyumannya. Eunha sekadar menganggukkan saja kepalanya, tanda akur.
"okey lah macam tu. Saya nak turun kejap. Pergi dapur. Awak nak apa-apa tak?" soal Eunha sambil matanya bulat-bulat memandang Jungkook.
"Tak. Tak ada" balas Jungkook sebelum mengulum senyuman kecil. Kemudian, lelaki itu kembali memberi perhatian kepada bahan kerjanya.
"Araso" jawab Eunha seraya berdiri. Dia menarik kerusi meja solek yang digunakan sebagai tempat duduk tadi dan diletakkan pada meja solek kembali.
Seterusnya, dia menghayun langkahnya keluar dari bilik. Kaki dilangkah santai menuju hingga ke tangga. Satu persatu anak tangga dipijaknya hingga tiba di lantai tingkat satu. Kemudiannya, dia langsung melangkah menuju ke dapur.
"Hmm, nak makan apa ni?" gumam Eunha sendiri setelah membuka kedua-dua pintu peti sejuk yang besar itu. Matanya meliar di setiap sudut di dalam peti ais itu. Bermacam-macam bahan dan makanan yang memenuhi sudut di dalam peti sejuk yang besar itu.
"Okey, donut!" omel Eunha teruja dengan nada separuh jerit. Dia kemudiannya mengeluarkan kotak bersaiz sederhana yang khas menempatkan beberapa biji donut yang berbaki tika dibelinya dua hari lepas keluar dari peti sejuk. Kemudiannya, dia meletakkan kotak itu di atas meja.
Sebuah kerusi di bahagian hujung meja ditariknya lalu diduduknya di situ. Kotak segi empat yang berisi donut dibukanya.
Serentak dengan itu, ekspresi wajahnya langsung berubah teruja. Melihat dua biji donut karamel yang berbaki itu, cukup membuatkan dia tersenyum keriangan. Tanpa melengahkan masa, dia lantas mencapai sebiji donut itu lalu dijamahnya.
"Aaaa, mashiketta~" omel Eunha meleret sambil memejamkan matanya setelah menjamah sedikit donut karamel itu. Tekstur dan doh donut itu yang lembut ditambah pula dengan rasa karamel yang tidak terlalu manis menjadi sebab mengapa Eunha seakan terhanyut oleh kesempurnaan rasa donut itu.
"Alaa sedappp! Kenapalah tinggal dua jeee" rungut Eunha sebelum menjuihkan bibirnya. Tak lama selepas itu, dia kembali membuka mulutnya untuk menjamah donut itu lagi.
"Sayang, sayang, sayang" panggil Jungkook berkali-kali yang entah bilanya muncul di dapur itu. Dan seraya itu dia mengambil tempat di sebelah Eunha.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...