🔷27

316 59 162
                                    

[15 Votes+20 comments]

OH HAIIII

MAAPLA BUAT ANDA SMUA TUNGGU AKU APDET DARI THN LPS-

DUH LAPUK LA WOI LAPUK

HA YELA BACA JELAH

VOTE LA LAMAK
















"A-Aniya. Aniya. Tak. T-Tak mungkin. Tak mungkin... " tutur Eunha tersekat-sekat dek nafasnya yang tidak keruan itu. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil air mata deras mengalir membasahi pipinya.

"Tak, tak. Ni mustahil. Ini tak mungkin" nafi Eunha berkali-kali sambil kepalanya setia digeleng berulang kali. Air mata dihapuskan kasar. Dia memegang dadanya yang terasa sesak itu, kesan dari menahan dirinya dari menangis teruk. Dia masih menidakkan hakikat. Tak dapat menerimanya.

"T-Tak, please. Tak. Semua tu tipu. Tak. Bukan flight tu. Bukan. Bukan" rintih Eunha dengan nada bergetar hebat sambil kepala masih digeleng. Air mata usah dikata lagi, mengalir deras tanpa henti membasahi pipi gebunya.

"--Dipercayai kesemua anak kapal dan penumpang pesawat tersebut tidak dapat diselamatkan. Selain itu--"

"No... Please, no.. " lirih Eunha perlahan sebelum menekup wajahnya yang basah kesan dari air mata yang mengalir keluar itu. Kepalanya digeleng perlahan. Bibirnya diketap kuat.

"Tuhan... Aku baru rasa gembira. Aku baru rasa gembira dengan kurniaan anak dalam kandunganku ini. Tapi, tapi kenapa... Tapi kenapa kali ini kau beri aku kegembiraan sekali gus kesedihan?" rintih Eunha perlahan dengan nada yang diselang sedu sedan itu. Dadanya ditumbuk-tumbuk perlahan.

Eunha menyembamkan kepalanya di atas bantal kusyen yang wujud di sofa yang didudukinya itu. Teresak-esak dia melepaskan tangisannya di situ sambil tangannya mencengkam kuat sarung bantal kusyen itu. Hatinya betul-betul rasa seperti dirobek-robek, dicengkam, ditusuk berulang kali.

"Cukuplah... cukuplah aku dah hilang seorang yang...aku sayang. Cukuplah aku dah...terseksa dengan hakikat kehilangan tu,tuhan. Aku...aku tak sanggup lagi untuk berdepan dengan semua ni" hambur Eunha dengan nada yang bergetar dasyat. Air matanya lebih deras mengalir. Bibirnya diketap kuat.

"Sayanggg, saya dah balik" tutur Jungkook mesra yang sedang menutup kembali pintu rumah itu.

Mendengar saja suara Jungkook dan bunyi pintu ditutup itu,cukup membuatkan Eunha berhenti teresak. Pantas Eunha mengangkat kepalanya dari terus dibenamkan pada bantal kusyen itu. Matanya yang masih mengalirkan air mata itu bingkas bergerak memandang ke arah pintu.

"Sa-Sayang?" gumam Eunha perlahan dengan mata yang agak membuntang.

"Hey, sayang, wae gurae?" soal Jungkook terkejut dan bimbang tatkala mendapati keadaan isterinya itu. Matanya sedikit membuntang. Dia melepaskan beg kerjanya dan berura-ura untuk menghampiri Eunha.

Namun begitu, wanita itu lebih pantas berjalan mendekatinya lalu tubuhnya langsung didakap erat-erat oleh figura kecil itu. Terkebil-kebil juga dia di situ.

"Jeon Eunha...?" panggilnya terpinga-pinga. Bingung mahu memberi respon bagaimana. Yang dia sedar sekarang,baju kemejanya di bahagian bahu kirinya sudah basah.

"Eh, hey. Kenapa sayang menangis ni?" soal Jungkook yang baru teringat semula akan keadaan isterinya tadi. Menangis bagai hilang suami-

Eunha menggelengkan kepalanya perlahan sebelum melonggarkan pelukannya pada tubuh lelaki itu. Dia mengesat air matanya lalu wajah suaminya itu ditekup.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now