🔷34

268 56 126
                                    

[16 votes+20 comments]

YA SAYA TAHU ANDA MENUNGGU CHAP INI

YAKIN BETHOL SAYA

EM

HA SILAKAN BACA

JANGAN EMO II YE

KBAI

AHAHAHAHAHHAJA

Oh vote dulu eh ehe


















"Eo? Aigoo, Jungkook ssi. Saya kena pergi dulu ni. Pukul 9 nanti saya ada appoinment dengan bussiness partner. Takut terlewat pulak" tutur Hana dengan senyuman kecil setelah mengerling jam di pergelangan tangannya itu.

"Ah, okey" balas Jungkook ringkas dengan sebelum tersenyum sikit.

Hana tersenyum sebelum mengatur langkahnya, beredar dari situ.

Jungkook memandang sekilas figura Hana yang berlalu pergi itu sebelum jam tangan yang terlilit segak di pergelangan tangannya itu ditilik.

8.40 pm

"Hm, dah nak pukul 9" gumam Jungkook perlahan sambil mengangguk kecil.

"Sayang, dah nak pukul 9 ni. Jom balik" ajak Jungkook bersahaja seraya menurunkan tangan kanannya itu ke sisi. Dia menoleh ke tepi bagi melihat isterinya itu.

Namun, tiada siapa yang menyapa pandangan Jungkook di sebelahnya itu. Dahinya langsung berkerut.

"Sayang?" panggilnya perlahan sebelum kepalanya tertoleh-toleh memandang sekeliling ruang luas di aras 2 itu, mencari kelibat Eunha. Dan hasilnya, hampa. Bukan setakat kelibat, bayang-bayang pun tidak dilihatnya.

"Eh, pergi mana pulak dia ni?" monolog Jungkook hairan. Dia menggaru-garu perlahan pipinya, buntu.

"Awak, saya nak pergi tandas kejap"

Terngiang tiba-tiba suara Eunha yang memberitahunya tempat yang ingin dituju 5 minit lalu tika dia kini buntu memikirkan lokasi keberadaan wanita itu.

"Ah, maja. Dia pergi tandas" omel Jungkook setelah menepuk perlahan dahinya tatkala teringat soal itu. Dia memusingkan badannya lalu menghayun langkahnya ke arah bahagian lif yang berdekatan.

"Aish, lif rosak pulak" omel Jungkook agak kesal setelah membaca notis yang tertera pada papan tanda di hadapan lif itu. Dia merengus perlahan sebelum mengerling sekilas jam tangannya.

"Dia pergi lebih kurang 5 minit lepas so mesti dah keluar kot kan?" andai Jungkook sendiri sambil memandang setiap sudut di aras dua yang luas dan ramai dengan pengunjung itu. Dia kemudiannya mengangguk perlahan, mengiyakan saja andaiannya itu.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Jungkook menyalakan objek itu lalu bahagian log panggilan dibuka. Nombor Eunha yang terletak di tingkat atas sekali itu ditekan, menghubungi isterinya itu.

Namun, tanpa ada suara operator wanita kedengaran, panggilan itu langsung tidak tersambung. Tentunya telefon wanita itu dimatikan.

"Eh, dia off pulak phone. Nak kena cari jugak lah ni" omel Jungkook sebelum mengeluh kecil. Dia memasukkan kembali telefon pintarnya itu ke dalam poket seluar.

Jungkook kemudiannya langsung menghayun langkahnya menjauhi lif yang sedang dibaiki itu. Dia berjalan ke arah sebelah kiri, bertujuan untuk mencari lif yang lain.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now