CAK AAAAAA
HA AYUH SAMBUNG BERGADUH
HA VOTE DULU OKEYY
HA KOMEN JUGAK HIKHOK
OK SELAMAT MEMBACAAAA
"Kau dah tipu aku banyak kali. Aku dah kecewa banyak kali. Jangan sampai aku buang segala kepercayaan yang aku letak dekat kau, Jung Eunha" balas Jungkook dengan nada rendah namun penuh dingin. Dia merenung tajam wajah isterinya di hadapan.
Drastik menitis perlahan air mata Eunha yang bertakung di tubir mata seraya tadi. Kepalanya digelengkan perlahan.
"T-tak sayang, tolong. Tolong kali ni bagi saya peluang--"
"Peluang lagi! Dah buat salah, lepas tu minta peluang lagi! Dah la! Dari aku asyik kecewa dengab kau, baik aku buang je kepercayaan yang aku letak dekat kau!" hambur Jungkook lantang.
"Sayang,please--"
"Aku akan buang kepercayaan yang aku letak dekat kau selama ni, sekali dengan rasa sayang aku dekat kau, Jung Eunha" tutur Jungkook dingin dengan tatapan penuh benci dan amarah itu.
Eunha tercengang. Air matanya lebih pantas menitis berbanding tadi. Perlahan deraian cecair jernih mengalir di pipi mulusnya. Kepalanya bergerak menggeleng kecil.
"No. No, sayang. Please. Semua ni cuma...cuma satu salah faham yang kecil je. Sa-saya boleh jelaskan semua tu. Bagi saya jelaskan dulu. Awak, tolonglah. Tolong. Sekurang-kurangnya bagi saya jelaskan dulu" rayu Eunha bersungguh-sungguh dengan penuh terdesaknya sambil menatap tepat wajah Jungkook di hadapan. Air matanya tak henti mengalir perlahan membasahi pipi gebunya.
Jungkook berdecit sinis. Dia memandang ke arah lain sekilas sebelum bola matanya kembali terarah pada wajah terdesak Eunha. Tangannya bergerak memegang dagu wanita itu lalu ditolak perlahan ke atas. Ditilik wajah kecil yang dibasahi air mata itu.
"Memang itu la cara kau. Orang tindas kau, menangis. Orang aniaya kau, menangis. Bila turn kau yang salah sekarang ni pun, menangis jugak? Eh, kau ingat kau seorang je ke ada perasaan, Jung Eunha?!" ujar Jungkook lantang dengan berangnya. Tangannya melepaskan dagu Eunha kasar.
Deraian air mata Eunha menjadi lebih laju. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangan naik mengesat air matanya itu.
"Tak, awak. Saya cuma nak explain--'
"Explain la kau nak explain apa! Rasa kecewa aku dengan kau memang takkan hilang walau macam mana pun!" tukas Jungkook dengan nada tinggi. Nafasnya turun naik sambil matanya tajam menikam wajah takut isterinya itu.
"Tapi, saya--"
"Sia-sia aku percaya kau selama ni. Dah berapa kali kau buat aku kecewa? Lama-lama makin hilang rasa sayang aku dekat kau" tutur Jungkook dingin dengan kesalnya. Ditatap tajam wajah terluka Eunha sebelum dia langsung membuka pintu di sebelah wanita itu.
Eunha yang mendapati Jungkook keluar dari bilik mereka itu langsung mengesat air matanya laju meski dia sangat terluka waktu itu. Dia langsung memusingkan badannya untuk mengikuti langkah suaminya itu.
"Sa-Sayang, kejap. Sayang--"
Bam!
Pintu betul-betul dihempas di hadapan wajah Eunha. Terundur ke belakang sikit Eunha ketika itu. Dia kemudiannya langsung membuka kembali pintu bilik itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...