[15 votes+20 comments]
OK TARGET SUDAH MUNCUL HIKHOKHOKHIK-
YE AKU MLS NK TARGET TINGGI II, KITA MULA DARI BWH DULU YE EHE
HA DAH SILA BACA
VOTE PLEASEUUUU
Dua jam sebelumnya,
Tepat jam 3.45 petang, Yuju kini berada di sebuah kedai bakeri yang merupakan kiosk di perkarangan ruang menunggu di lapangan terbang Incheon itu.
"Kamsahamnida~" ucap Yuju mesra setelah sepotong kek jenis Red Velvet yang dibelinya itu selesai dibungkus pekerja bakeri itu. Dia kemudiannya mengangkat kotak kek kecil yang sudah direka pemegang di situ itu. Kakinya dilangkah menuju ke pintu keluar kedai itu.
"Kajjaaa. Harap-haraplah anak Bae tu still ada dekat cafe tu" omel Yuju riang sambil kakinya setia memijak lantai ruangan menunggu itu. Dia tersenyum sendiri. Sesekali dia mengerling kotak kecil yang dipegangnya itu. Jenis kek yang dibelinya itu merupakan jenis kegemaran teman lelakinya itu, Bae Junyoung.
Yuju berjalan sambil matanya memerhati satu persatu deretan kiosk di situ, mencari satu kafe yang dilepak Junyoung itu. Dia tahu tentang ini pun kerana lelaki itu telah memuat naik gambar serta lokasi di InstaStory nya itu.
"Aha! Tu kan? Assa!" sorak Yuju perlahan dengan terujanya setelah menemui kafe yang dicarinya itu. Dia langsung melangkah laju ke arah kafe itu. Pintu kaca kafe itu ditolak. Bunyi loceng juga terhasil,kesan dari loceng yang berlaga dengan pintu kaca itu.
Yuju berdiri seketika di hadapan pintu itu setelah masuk ke dalam. Matanya meliar sekitar ruang kafe itu, mencari gerangan Bae Junyoung, teman lelakinya.
"Lorh, kok gak ada?" gumam Yuju sendiri bingung. Dia sekali lagi meliarkan matanya di sekeliling kafe itu.
"Ala, takkan dia dah balik kot? Tapi kan dia baru je post ta--"
Sepasang mata Yuju yang ligat meliar secara rambang itu tiba-tiba saja berhenti pada figura yang sedang duduk di satu meja tidak jauh darinya. Dia menggaru-garu pipinya yang tidak gatal.
"Itu nampak macam dia. Ke, aku salah orang?" omel Yuju dengan dahi yang berkerut. Dia kemudiannya langsung menghayun kakinya menuju ke arah meja itu bagi melihat lebih jelas gerangan figura itu.
Yuju menghentikan langkahnya apabila jaraknya dengan meja itu sudah cukup untuk dia mengenal pasti gerangan itu. Kemudian, drastik bibirnya mengukir senyuman lebar setelah melihat gerangan yang sedang menyedut minumannya itu.
Ya, dia lah. Teman lelakinya. Yang sudah 3 tahun tidak dia bersua muka itu.
Dengan hati yang sudah meloncat gembira, Yuju langsung meneruskan langkahnya untuk pergi kepada kekasihnya itu. Pegangannya pada kotak kek itu juga dieratkan.
"Bae--"
Terhenti serta-merta langkahnya saat pandangannya disapa oleh satu adegan. Kelihatan seorang perempuan berpakaian dress paras lutut yang sepertinya baru tiba itu telah mengucup sekilas pipi Junyoung. Setelah itu, dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Hayran Kurgu[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...