CAK
HUEHUEHUE
YE SILAKAN BACAAA
VOTE DAN COMMENT TIAUU
CUKUP 30 VOTE, BARU GUWE APDET NEXT CHAP YE :)
"Sayang" panggil Jungkook lembut seraya kedua-dua lengannya melingkar di pinggang Eunha yang sedang giat menyediakan sarapan di hadapan kabinet dapur itu. Dagunya didaratkan di bahu kiri wanita itu.
"Eh, awal bangun hari ni? Ada schedule awal ke?" respon Eunha seraya mengerling sekilas wajah Jungkook yang berada di bahu kirinya itu. Dia kembali memfokuskan mata dan tangannya yang sedang memotong sayuran itu.
Jungkook menarik senyuman lebar.
"Hari ni hari apa, sayang?" soalnya mesra dengan raut wajah senang. Ditatap sisi wajah sempurna Eunha.
"Lah, takkan hari ni hari apa pun dah tak tahu, sayang?" balas Eunha dalam ketidakpercayaan sebelum mengerling sekilas wajah Jungkook di bahu.
Jungkook langsung berdecit perlahan. Dia kembali mengulum senyuman.
"Lah, jawab je lah. Hari ni hari apa?" tukas Jungkook, masih menyoal soalan barusan.
"Sabtu?" jawab Eunha ringkas lalu mengerling sekilas Jungkook.
Jungkook tersenyum kecil lalu mengangguk.
"Ha,tarikh pulak? " soalnya lagi dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha langsung menghentikan seketika tangannya yang ligat memotong sayuran itu. Dia berfikir sejenak.
"Kejap. Semalam...31, so, hari ni 1. 1 september. Ha, 1 hari bulan 9" ujar Eunha setelah berkira-kira lalu mengangguk kecil setelah yakin. Dia memandang sekilas Jungkook yang sudah tersenyum bagai sampai ke telinga itu.
"So, hari ni hari apa?" soal Jungkook mesra, menanti dengan sabar jawapan yang diinginkannya itu. Senyuman setia menghiasi bibir. Mata setia menatap sisi wajah sang isteri.
"Hari apanya lagi? Hari sabtu lah. Kan dah cakap tadi" tukas Eunha bingung lalu menyambung sesi memotong sayuran di papan pemotong.
Perlahan segaris senyuman yang menghiasi bibir Jungkook itu meluntur sedikit apabila menerima respon dari Eunha yang tidak seperti diharapkan itu.
"Tak, bukan. Hari lain" nafi Jungkook langsung setelah menggeleng laju.
"Hari lain apa pulak? Semalam jumaat, jadi, hari ni sabtu lah. Ada hari lain pulak ke lepas jumaat?" balas Eunha hairan dengan kerutan seribu di dahi. Dia mengerling sekilas lelaki itu.
Jungkook langsung mengeluh perlahan. Dia menggelengkan kepalanya lagi.
"Tak, bukan. Betul la hari ni hari sabtu. Tapi, ada hari lain kan?" ujar Jungkook agak bersungguh, memberi klu kepada wanita itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...