OKEY TARIK NAPASSSS
BISMILLAH
LEPAS NAPASSS
K BENDA LA AKU NI
DAH, ASHILA VOTE DAN COMMENT YEE
CHAP NI PANJANG JUGAK, SO MACAM BIASA LA
EPRESYET 😇
K SILA BACA
"Yah, kau tahu kan kalau dia report dekat company dia pasal cara treatment kita dekat dia selama seminggu ni, probably we're done. Mostly cara kau layan dia la" tutur Mingyu resah sambil memandang wajah rakannya itu di hadapan.
Jungkook merengus perlahan. Dia mengetap bibirnya singkat sebelum memandang Mingyu.
"Then, kau nak suruh aku biar je ke dia terhegeh-hegeh macam tu dekat aku? Come on la,Gyu. Dia tu dah melampau. Dia nak berurusan dengan orang, buat cara nak berurusan. Benda personal tak payah jadi bodoh nak kaitkan sekali. Perempuan macam dia tu memang cuma tahu nak rosakkan hubungan orang je. Buat kerja pun macam apa je" balas Jungkook panjang lebar dengan kesalnya.
"Kalau dia tak nak treatment macam tu dekat company aku, ubah dulu perangai murah dia tu"
Jungkook meraup wajahnya sekilas sebaik saja dia terfikirkan tentang perbualannya dengan Mingyu di pejabat tadi. Fikirannya sudah bercelaru. Sae Yoon cara Sae Yoon. Eunha cara Eunha.
Satu keluhan panjang dilepaskan perlahan. Jungkook mengemam bibirnya sebentar sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Malas mahu mengusutkan lagi fikirannya.
Jungkook mengatur langkahnya menghampiri pintu utama rumah agamnya. Angka passcode dimasukkan lalu pintu dibuka. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah kemudian ditutup kembali pintu tersebut. Dapat dia rasakan suasana lengang di dalam rumah.
Jungkook memusingkan badannya sebaik saja menutup pintu. Matanya langsung terarah pada figura Eunha yang kebetulan muncul di sebalik dinding tangga. Wanita itu tampak kemas berpakaian dengan beg sandang yang disandang di bahu.
"Sayang,nak pergi mana?" soal Jungkook langsung sebaik saja melihat penampilan Eunha itu.
"Rumah appa. Nak ambil Jungwon. Appa yang ambil Jungwon dekat tadika tadi" jelas Eunha ringkas senada sambil memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg sandang. Wajah suaminya itu langsung tidak dilihat walau satu kerlingan.
Jungkook mengangguk perlahan. Patutlah rasa lengang rumah ini hari ini. Selalunya kalau dia pulang, pasti sudah bising dengan suara rancangan kartun di kaca televisyen yang ditonton si Jeon Jungwon itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...