🔷66

220 48 176
                                    

HAI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAI

OKEYSAPAVOTEDIABIJAK

SELAMAT MEMBACA😊

Jauhkan emoji itu dari minyu






















25 minit sebelum…

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar itu langsung menarik perhatian Eunha yang sedang duduk melayan perasaan di atas sofa itu. Dia memandang ke arah pintu. Dahinya berkerut. Siapa pula lah datang pagi-pagi begini?

Namun seketika kemudian,terlintas nama Jungkook di benak fikirannya. Drastik dia tersenyum lebar,memikirkan suaminya yang berada di luar bersama gerangan yang juga sudah seperti nyawanya itu,,satu-satunya anak lelakinya itu,Jeon Jungwon. Hanya dengan kehadiran si kecil itu kepada pangkuannya kembali yang mampu membuatnya keruan.

Ting tong!

"Ye,sekejap!" laung Eunha dengan agak lantang seraya berdiri. Nadanya mesra. Dia betul-betul menyangka gerangan Jungkook pulang bersama anak lelaki mereka itu. Dia sudah tidak sabar mahu menggendong si kecil yang mencuit hati setelah setiap masa dia resah memikirkannya.

Eunha berjalan menghampiri pintu hadapan dengan hati yang meloncat teruja itu. Kunci dibuka lalu langsung gagang pintu ditarik,membuka pintu utama itu.

"Hai,sweetie. Why it takes so long?"

Senyuman Eunha yang lebar terukir tadi drastik lesap tatkala melihat gerangan di hadapannya itu. Matanya sedikit membuntang.

Choi Im Hwa tersenyum kecil saat melihat reaksi yang ditunjukkan Eunha itu. Dia berdehem kecil.

"Rasanya dah lama kita tak--"

"Mana anak saya? Pulangkan anak saya. Dia tak--"

"Ya,ya. Sekurang-kurangnya pelawalah aku masuk dulu. Kita akan cakap pasal tu dekat dalam" ujar puan Choi santai sebelum selamba menapak masuk ke dalam rumah agam anak dan menantunya itu.

Eunha merengus perlahan dek tindakan wanita itu lalu langsung menutup pintu utama itu kembali. Dia kemudiannya memusingkan badannya. Kelihatan figura Choi Im Hwa yang berpakaian serba hitam itu sedang membelakanginya,meninjau setiap sudut rumahnya itu. Dia berjalan mendekati wanita itu.

Setelah meninjau sekilas persekitaran luas dalam rumah itu,puan Choi memusingkan badannya menghadap Eunha yang sedang berdiri di belakangnya itu. Dia mengukir senyuman kecil buat wajah polos menantunya itu.

"Aku tak nak lama pun dekat sini" tutur puan Choi dengan senyuman sumbing.

"Saya pun tak suka puan lama dekat sini" balas Eunha mendatar. Matanya tepat merenung wajah ibu mertuanya itu.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now