ADAKAH SY PATUT BUAT TARGET VOMMENT SLPS INI? UHUKS
HAIII
UWU AWAL NYAH AHAHAHAHA
YA PATUTNYA SMLM AI NK APDET TAPI KETIDURAN PULAK YA
YA TU JE. SILA BACA DAN VOTE DAN COMMENT
HEPI READINGG💙
"Eunha ssi, ini lagi dua dokumen awak kena kelaskan. Macam biasa, kalau ada apa-apa yang tak faham, boleh tanya saya dekat pejabat, okey?" tutur Yerin mesra setelah meletakkan dua buah dokumen di atas meja kerja Eunha.
Eunha yang sedang fokus menyemak isi kandungan fail yang keduanya itu langsung terganggu seketika dek suara Yerin yang menyapa telinganya itu. Dia mengerling dokumen yang bertambah di atas mejanya sekilas sebelum matanya beralih memandang Yerin di sebelah.
"Eo-Eoh, ne. Algesumnida" balas Eunha dengan senyuman kecil di bibirnya. Yerin membalas senyuman Eunha sebelum beredar dari meja pekerja baru itu.
Pergi sahaja Yerin dari mejanya, Eunha sedikit mengeluh perlahan. Dia memandang fail dan dokumen yang ditindan satu sama lain di sisi mejanya itu. Tadi saja dia sudah menerima 3 buah fail, fikirnya hanya itu sahaja. Namun, dia silap. Dua buah dokumen pula ditambah.
Setakat ini, baru sebuah fail siap disemak dan dikelaskannya. Sebuah fail saja sudah mengambil masa hampir 30 minit, jadi berapa banyak tempoh masa yang dia perlukan untuk selesaikan kesemua fail dan dokumen yang berbaki itu?
Mujurlah tiada tarikh hantar yang ditetapkan untuk tugas ini.
Eunha mengeluh kecil. Dia menutup fail yang siap diselesaikannya itu di sisi meja sebelah kanan. Seterusnya, dia menyandarkan seketika tubuhnya yang terasa lenguh akibat berposisi tegak buat masa yang agak lama. Dia meregangkan lengan dan lehernya yang sengal.
"Ah, banyak lagi nak kena siapkan ni" gumam Eunha setelah melirik ke arah dokumen dan fail yang statik di atas sisi kiri mejanya itu. Dia menampar lembut pipinya berkali-kali, bertujuan untuk memberi semangat kepada dirinya. Dia kemudiannya menegakkan tubuhnya kembali, berniat untuk meneruskan kerjanya yang banyak itu.
Ting!
Terbantut seketika perbuatannya yang berura-ura untuk mencapai fail di sebelah itu apabila telefon pintarnya itu berdering sesaat, isyarat notifikasi diterima.
Eunha mengangkat sebelah keningnya sebelum tangan kanannya bergerak mencapai telefonnya yang berada di sebelah papan kekunci komputer itu. Skrin objek itu ditiliknya.
You have messages from YunaChoi🍭
»Na
»Aku ada dekat pantri ni. Sini lah
»Aku buatkan kau Carammel Machiatto ni~
»Ayuh la Jeon Eunha. Come come. Tak payah fikir lama sangat la.
»Ok, since kau seen je, so aku anggap setuju la ye. Aku tunggu ^^
1.07 pmEunha berdecit perlahan sebelum memadamkan telefon pintarnya itu. Dia mematikan kuasa komputernya dahulu sebelum berdiri. Telefonnya dimasukkan ke dalam poket blazer lalu dia berganjak dari situ.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»16
•
•
•
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Hayran Kurgu[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...