"Eonnie,mesti best kan ada swimming pool macam ni dekat rumah? Bila musim panas boleh terus terjun je" seloroh Hae Jung riang sambil memandang Eunha di sebelah yang sedang menyedut jus oren sejuk itu.
Eunha langsung berdecit perlahan dek anggapan Hae Jung itu. Dia tergelak kecil sebelum meletakkan gelas jus oren yang penuh dengan ais batu itu ke atas meja yang memisahkannya dengan gadis itu.
"Know what, Hae? Dalam few years, boleh kira dengan jari je tau berapa kali eonnie masuk dalam kolam tu. Kalau boleh tu, kaki pun tak nak rendam dalam tu" tutur Eunha sebelum tergelak sendiri.
Terkebil-kebil terus Hae Jung tatkala mendengar penjelasan kakak iparnya itu. Dahinya berkerut bingung.
"Wae? O-Oh seolmaaa... "
Hae Jung menjedakan responnya seketika. Dia menekup mulutnya yang melopong itu dengan mata yang perlahan membulat itu.
"--berhantu ke kolam tu, eonnie?" tebak Hae Jung dengan raut wajah yang masih gerun itu. Nadanya membisik, seolah takut jika soalannya itu mengundang kejadian menyeramkan pula.
"Aniyaaa" nafi Eunha dengan nada yang terselit tawa itu. Dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa geli hati. Tekaan Hae Jung itu betul-betul menggeletek hatinya.
"Habis tu?" soal Hae Jung polos dengan dahi yang berkerut. Bingung dia dibuatnya melihat wanita itu sakan tertawa.
"It just that,kolam tu terlalu dalam untuk eonnie" jelas Eunha mendatar sebelum tersenyum kecil buat Hae Jung.
Kini, giliran Hae Jung pula yang terletus tawa. Dia memandang wajah kakak iparnya yang tenang itu.
"Lah, eonnie tak tahu berenang ke?" soal Hae Jung dengan nada yang masih berbaki tawanya tadi. Dia menekup longgar mulutnya yang sedang tertawa itu.
"Tak" balas Eunha sepatah berserta gelengan kecil. Dia memandang Hae Jung yang sakan ketawa itu. Cemberut terus raut wajahnya tika itu.
"Eee comel la eonnie ni" seloroh Hae Jung yang sudah reda sedikit tawanya itu. Dicubit sekilas pipi tembam Eunha sambil tersengih suka.
Eunha berdecit perlahan sebelum memalingkan kepalanya ke hadapan kembali, memandang lurus ke arah kolam renang di hadapan yang berkedalaman kira-kira 1.75 meter itu.
"Dah biasa dah dapat reaction macam tu. Tambah-tambah abang awak tu, bukan setakat gelak, menyakat lagi. Nak buat macam mana dah tak tahu? Tak nak la eonnie mati tenggelam" ujar Eunha bersahaja sebelum mencebikkan sedikit bibirnya.
Hae Jung tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Comel je lah eonnie ni. Nanti pergi waterpark pilih kolam budak-budak je lah, eonnie" seloroh Hae Jung dengan nada bergurau itu. Sengaja mahu menyakat kakak iparnya itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...